Saturday, 31 December 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2017

ASSALAMUALAIKUM.

ALHAMDULILLAH KERANA KITA MASIH LAGI DIBERI KESEMPATAN DARINYA UNTUK HIDUP. SEMOGA TAHUN BARU 2017 YANG BAKAL MENJELANG BEBERAPA JAM SAJA LAGI MEMBERI KITA SEMUA PELUANG UNTUK MEMPERBAIKI DIRI MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA. INSYAALLAH :)





"WHEREVER THERE IS A HUMAN, 
THERE IS AN OPPORTUNITY FOR KINDNESS." 
-SENECA-

Wassalam...

Burger Murah

Salam. Hujan2 ni kalau duk rumah memang asyik nak tido n makan je. Burger ni Zaty beli kat Pasar Wakaf Zain dekat rumah je. Sangat la sedap harga pun murah saje RM3. Mane nak dapat kat tempat len kan? :)
 
 
Lighting terover plak, hehe...   
 
 
Wassalam :)

Izzati :)

Salam. Semalam mase buka FB ternampak 1 gambar ni. Cantek je. Maksud name IZZATI (KEMULIAAN KU). Zaty nak letak kat blog sebab kat bawah gambar tu ade tag owner die. So, takpelah. Bukan amek sesuka hati pun since die share public :)
 Banyak lagi yang lain2. Korang boley tengok kat FB die Rosyaimi Amirul :)
Wassalam

Friday, 30 December 2016

♩ ♪ ♫ ♬ The Road Not Taken ♩ ♪ ♫ ♬

Salam

♩ ♪ ♫ ♬

Two roads diverged in a yellow wood
I'd go back and rechoose if I could
But here I lay now, sick and so confused
Was it no lie or was it all true
Sleep now gently my darling love
Don't let my worries trouble you
People try hard to forget
But memory will always stay
Nightmares and dreams of long passed things
Try and chase me away from sleep
All that time I spent in the dark
Just like that in the light
Everything will be fine
Notice all the similarities
We go together like the birds and bees
Just imagine what all could have happened
Every one I knew would long be dead
What really goes on behind closed doors
Makes me secretly cry out loud
Within all these horror stories
Lay many times of regrets
Always in such a frightened state
Trapped in an imaginary cage
Living life day by day
Soon enough, some day
I'll come out and play
In a world where everything is upside down
I try hard not to lose my mind
Things' getting worse so I tell myself
Everything will be fine
I want to grow up and be a real bad cop
In the end, it will work

♩ ♪ ♫ ♬




Wassalam

Mengidam Spaghetti

Salam & hai. Bulan ni memang tak tau nak kate, tersangat mengidam spaghetti. Same naik ngan mama. Hehe. So, ape lagi buat ler. Mula tue buat Spaghetti Bolognese je. Lepas seminggu tu eh terase nak Fettuccine Carbonara plak. Buat la lagi. Hehehe :)


Spaghetti Bolognese

Spaghetti Bolognese


Spaghetti/Fettuccine Carbonara/Bolognese

Spaghetti/Fettuccine Carbonara/Bolognese


Wassalam :)

Thursday, 29 December 2016

Jerslin Oil Combo Set

Assalamualaikum. Nak share skit pasal Jerslin Oil. Sebenanrnye beli ni bukan untuk diri sendiri tapi untuk Mama. Zaty penah la dengar sebelum ni Jerslin Oil ni memang wujud, haha. Tapi tak tau sangat ape kegunaannya. Mama Zaty banyak dengar manfaat Jerslin Oil ni melalui televisyen dan radio. Katenye banyak kegunaan, die nak guna untuk sapu sakit-sakit sendi tangan dan penyakit asma. Bukan untuk menyembuh sekadar mengurangkan je la, katenya. Cuba la dulu. Tak cuba tak tau. Sambil tu boley melicinkan kulit :) Hehe...
 



Antara isi kandungan Jerslin Oil ialah Minyak Bijan, Minyak Zaitun, Minyak Bunga Matahari dan Habatussauda. Diguna hanya melalui sapuan sahaja dan tiada kesan sampinga. Jerslin Oil juga selamat dan sesuai digunakan untuk semua golongan dan peringkat usia termasuk ibu mengandung dan bayi. Jerslin Oil diedarkan oleh Jershima Integrated Sdn Bhd.

Cara Kegunaannya:-

  • Asma / Batuk - Sapu di dada dan leher
  • Alahan / Alergi makanan laut - Sapu dari hujung rambut ke hujung kaki
  • Batuk - Sapu di dada dan kerongkong
  • Demam - Sapu di kaki dan pakai stokin
  • Gastrik - Sapu di perut
  • Resdung - Sapu di hidung
  • Sakit kepala / Migrain - Sapu pada muka dan kepala
  • Gatal mata - Sapu di bahagian kelopak mata dan bawah mata
  • Kencing manis / Darah tinggi - Sapu dari hujung rambut ke hujung kaki
  • Kolesterol tinggi - Sapu seluruh badan
  • Buasir - Sapu di tempat buasir keluar (Dubur)
  • Kembung perut - Sapu di perut
  • Kayap - Sapu di tempat bermasalah
  • Jangkitan faraj / Keputihan - Sapu pada kemaluan
  • Kejang otot / Simpul biawak - Sapu di tempat bermasalah
  • Keracunan makanan - Sapu di perut dan dubur
  • Kerap buang air kecil - Sapu di kaki dan bawah pusat
  • Kurang tumpuan - Sapu di kepala
  • Lumpuh - Sapu dari hujung rambut ke hujung kaki
  • Menopause - Sapu pada kemaluan
  • Putaran haid tidak tetap - Sapu pada kemaluan
  • Anak lahir kurang sihat - Sapu dari hujung rambut ke hujung kaki
  • Gout - Sapu di tempat bermasalah
  • Ketidak seimbangan hormon - Sapu dari hujung rambut ke hujung kaki
  • Sukar bernafas - Sapu di dada dan hidung
  • Kesuburan menurun - Sapu pada kemaluan
  • Kabur / Selalu keluar air mata - Sapu di kelopak dan bawah mata
  • Kesejukan kaki dan tangan - Sapu di kaki dan tangan (Pakai stokin)
  • Kutil / Tumor / Ketumbuhan / Kanser - Sapu di tempat ketumbuhan
  • Mati pucuk / Kurang bernafsu - Sapu dari hujung rambut ke hujung kaki
  • Peranakan turun - Sapu di bawah pusat dan urut untuk menaikkan

Jerslin Oil boleh disapu 2 / 3 kali sehari. Jerlin Oil ni korang boleh dapat yang 50ml, 40ml, 20ml dan 30ml (Refill). Harga die pulak dari RM30 hingga RM55. Zaty beli di Lazada saje Combo Set 2 RM80 saje :)

Wassalam...

Kanak-kanak Riang

Assalamualaikum

Hari tu mase awal cuti persekolahan sepupu balek. So, anak2 sepupu pun adelah skali. Sebab dah lame die orang tak balek, Moktie belikan ole2 skit kasi sorang 1. Walaupun tak seberapa tapi budak kan, hepi je :) Pensel warna Barbie untuk Ayesha, bekas pensil Cars untuk Izzat & baju Mickey sepasang untuk Uwais.






Ni plak cite, mase pegi tengok kawan baik (Mommy Mira) dalam pantang ade belikan baby (Baby Lea) die sepasang baju. Pastu Mommy Mira wassap hantar gambar si Baby Lea pakai baju tu. Emmm, comel sangat :)




Wassalam

Tuesday, 27 December 2016

Homestay Anjumg Hijau

Assalamualaikum semua, Semoga kita sihat2 la hendaknya. Zaty nak kongsi skit pasal Homestay Anjung Hijau ni.




Homestay ni sangat la selesa tau. Bagi sesiapa yang nak bercuti atau menginap sementara menghadiri sebarang majlis sangat lah disyorkan. Setakat ni ramai yang menginap sangat berpuas hati. Homestay Anjung Hijau ni menerima tempahan penginapan dari serata Malaysia, dari Sarawak, Johor, Perak, Kedah, Terengganu. Bak kate seluruh Malaysia lah, dari Kelantan sendiri pun ade.


Homestay Anjung Hijau ni terletak di alamat LOT 319, JALAN PANTAI IRAMA, 16300 BACHOK, KELANTAN. Lokasinya boleh dikatakan sangat strategik kerana berhampiran Pantai Irama dan pandang dari rumah pun dah nampak jalan raya. Dari segi pengangkutan awam pun senang, jalan utama ade teksi dan bas. Selain itu, berdekatan juga ada kedai makan, kedai runcit dan lebih kurang 1KM dari Bandar Bachok. Walaupun Bandar Bachok ni tak luas mane, kemudahan seperti bank, stesen bas, pusat membeli belah (Billon Shopping Mart), KFC, klinik dan lain2 tetap ade.









Homestay Anjung Hijau adalah 2 buah rumah, 2 tingkat, 3 bilik tidur, 2 tandas dan berhawa dingin. Dilengkapi dengan kemudahan asas seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh, dapur memasak, seterika, cerek air elektrik, periuk nasi elektrik dan lain-lain.

Paling penting sekali tuan punya homestay ni sangatlah peramah dan senang untuk berurusan. Ape lagi? Kalau masih tak tahu nak cari homestay untuk penginapan semasa bercuti di Bachok Kelantan, bolehlah menginap di Homestay Anjung Hijau ni. Anda pasti akan berpuas hati :)




Sekian, wassalam :)

Sunday, 20 November 2016

Nota Ahad :)

Assalamualaikum. Salam malam hari Ahad. Harap kita dalam baik2 sahaja.
Alhamdulillah hepi sangat sebab kawan baik dah selamat bersalin. 
Tahniah dear Mommy Amirah & husband Daddy Nik :) 
Semoga baby Lea ( Nik Azzalea Mikayla ) membesar dengan sihat dan dirahmati Allah sentiasa. Tak sabar nak jumpa baby Lea lagi, mase pegi tengok baby Lea die asyik tido je memanjang. Nanti Moktie pegi lagi melawat baby Lea & Mommy Lea okey. InsyaAllah :)


Tak sabar nak tengok baby Lea pakai baju oren tu, hehehe...


Nanti next kite bergambar. Hari tu tak bergambar sebab Mommy Lea berpantang lagi & Baby Lea pun tido je. Seyes nak dukung ag die. Huhuhuhu :)

Wassalam :)

Sunday, 23 October 2016

Menu Cik Zaty - 1 ✌

Assalamualaikum, selamat hari Ahad semua. Masih dalam mood bajet 2017 ke semua? Hahaha...

Nak share menu simple kesukaan Zaty ni, hehehe :) Biaselah kalau dah malas macam Zaty ni masak kena simple dan cepat. Janji sedap untuk santapan sendiri dan keluarga. Zaty ni masak tahap ciput je, bukan pakar2 pun :P Hehehe... Abaikan telur rebus, tu memang kesukaan Zaty okey ! :)




1) AYAM UNGKEP

- Bawang putih, bawang merah, halia, kunyit hidup, ketumbar, jintan manis.
- Blend bahan di atas & tumis dengan serai ketuk.
- Tumis sampai pecah minyak. 
- Masuk ayam & tambah air, masak sampai kering.
(Kuantiti bahan semua tu terserah la atas kuantiti ayam korang nak masak banyak/sikit)

2) CUCUR AYAM

- Blend kering dada ayam.
- Masukkan sebijik telur, lada sulah, lada hitam, garam, cili, daun sup. 
- Kacau sebati.
- Goreng lah.
(Bahan tu korang nak modify pon takpe, janji korang suka)

3) SAYUR PARK CHOY GORENG & TELUR

- Tumis bawang merah, bawang putih, cili.
- Kacau rata, masukkan garam.
- Masukkan telur sebijik, sayur park choy, tomato.
- Masuk air sikit kacau sampai masak.
(Masak macam mane pun ok lah, nak tambah lauk ke ape terserah, ikut suka)

Menu tengok di Facebook saje.

Itu sajelah menu budak malas, wassalam 

Saturday, 15 October 2016

MY TM ❤ HYPPTV

Assalamualaikum, selamat hari Sabtu, hehehe :) 
Alhamdulillah hari ni nak menulis skit, sharing sal TM HYPPTV. 


Dah sebulan la jugak baru guna HyppTV ni, so far so good la. Kat rumah Zaty ni memang takde Astro, so mase staff TM call tanye nak upgrade tak Streamyx kat rumah ni cam pikir dua kali. Bukan ape takut la mahal sangat. Lagipun yang guna internet berdua je, ayah n Zaty. Bila dengar pakej n harga TM offer ok lah. Juz tambah RM10 je dari bil asal untuk upgrade. Dari RM140 ke RM150 tanpa GST tau, hehehe :P Bila tambah GST lebih la skit amaun die tue. Tapi still consider worth price la :)
Dari Streamy 4 mbps ke Streamyx 8 mbps + HyppTV Combo (Free HyppTV remote control + HyppTV set-up-box). Bagi Zaty sangat berbaloi. Mama Zaty pon suka die boleyh la tengok siaran2 yang baru gitu. Nak kate banyak channel tu tak jugak tapi oklah. Lagipun kami sekeluarga takdelah kaki tv sangat. Lepas upgrade kena collect set-up-box kat TM centre n kena install sendiri dengan bantuan buku manual user guide yang diberi ok. Agak berpeluh jugak la first time nak pasang semue tu sambung ke modem ke tv takpun boleyh je guna WIFI Streamyx.

Ni yg muncul kt tv kite hehehe

HyppTV on web

Antara channel yg Zaty suka, tv

Antara channel yg Zaty suka, tv

Channel die lbh krg yg ni

Kalau nak tau details korang bley tengok sini -  https://en.wikipedia.org/wiki/HyppTV

Lagi Zaty nak share sekarang senang je semue pun online kan? Kalau nak tengok bil ke ape je pasal akaun TM kite, boley je buka MY TM - https://mytm.tm.com.my/new/login.jsp 

CONTOH:-








 Ok itu sajelah untuk perkongsian, wassalam ;)

Monday, 19 September 2016

Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena

Assalamualaikum


Klik sini untuk join



 Wassalam



SYARAT:
Like FB @projekbloggerutara 
Follow IG @el_darwena  @projekbloggerutara 
Follow blog saya arwendanish.blogspot.com 

2. Buat satu entry dengan menggunakan tajuk Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena 
3. Letakkan banner pada entry  
4. Banner hendaklah dibacklink ke sini 
5. Tinggalkan link penyertaan/url blog pada komen di bawah 
6.Giveaway ini akan berlangsung dari 15 September hingga 15 October 2016 jam 11.59malam 
7. Keputusan akan diumumkan secepat mungkin selepas tarikh



Selamat mencuba...
SYARAT Like FB @projekbloggerutara Follow IG @el_darwena @projekbloggerutara Follow blog saya arwendanish.blogspot.com 2. Buat satu entry dengan menggunakan tajuk Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena 3. Letakkan banner pada entry 4. Banner hendaklah dibacklink ke sini 5. Tinggalkan link penyertaan/url blog pada komen di bawah 6.Giveaway ini akan berlangsung dari 15 September hingga 15 October 2016 jam 11.59malam 7. Keputusan akan diumumkan secepat mungkin selepas tarikh tutup.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
SYARAT Like FB @projekbloggerutara Follow IG @el_darwena @projekbloggerutara Follow blog saya arwendanish.blogspot.com 2. Buat satu entry dengan menggunakan tajuk Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena 3. Letakkan banner pada entry 4. Banner hendaklah dibacklink ke sini 5. Tinggalkan link penyertaan/url blog pada komen di bawah 6.Giveaway ini akan berlangsung dari 15 September hingga 15 October 2016 jam 11.59malam 7. Keputusan akan diumumkan secepat mungkin selepas tarikh tutup.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
SYARAT Like FB @projekbloggerutara Follow IG @el_darwena @projekbloggerutara Follow blog saya arwendanish.blogspot.com 2. Buat satu entry dengan menggunakan tajuk Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena 3. Letakkan banner pada entry 4. Banner hendaklah dibacklink ke sini 5. Tinggalkan link penyertaan/url blog pada komen di bawah 6.Giveaway ini akan berlangsung dari 15 September hingga 15 October 2016 jam 11.59malam 7. Keputusan akan diumumkan secepat mungkin selepas tarikh tutup.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8E

Giveaway by Cik Purple

Assalamualaikum
 
 
Klik sini untuk join



 
 
Wassalam
 
1. Terbuka kepada yang beralamat di semenanjung malaysia.
2. Boleh join melalui blog & wechat
* pilih salah satu
* wechat untuk kawan cp dekat wechat
Syarat-syarat
Peserta dari Blog
1. Follow blog ini
2. Like pages Nnby Shops
3. Follow ig nnbyshops & infeerabynajwa
4. Buat entry & link kan kepada ga ni
5. Hantar url entry , nama fb & ig di ruangan komen
Peserta dari Wechat
* CP update di wechat :)
 
 
 
Selamat mencuba... 

Monday, 12 September 2016

SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum semua. Ape khabar di hari raya pertama AidilAdha? Mesti semua sedang kenyang masing2 mesti menunya daging hari ini. Alhamdulillah bersyukurlah atas nikmatNya :)

Dalam hidup kita pasti ade pengorbanan, walaupun kadang2 kita tak mampu berkorban dan memenuhi permintaan insan di sekeliling kita. Tapi ingatlah jangan pernah menyusahkan orang lain. Hidup tak selamanya kita di atas, maka bersyukurlah dengan pemberiannya. Saat kita dibawah, kuatlah dan yakinlah bahawa rahmat Allah itu luas. InsyaAllah...





SALAM AIDILADHA. MAAF ZAHIR BATIN.

WASSALAM :)

Thursday, 1 September 2016

Virus Zika

Assalamualaikum. Salam 1 September 2016.
Hari ni Cik Tiey nak kongsi sedikit maklumat mengenai Virus Zika.
Kes Virus Zika pertama di Malaysia telah dilaporkan oleh kenyataan media Menteri Kesihatan pada hari ini.


 KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA (ZIKA):



 VIRUS ZIKA: 
Zika adalah virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes (Ae. aegypti & Ae. albopictus), yang juga menyebabkan Aedes dan Chikungunya.
Nyamuk ini menggigit agresif pada siang hari dan juga boleh menggigit pada waktu malam.
Zika boleh dipindahkan dari seorang wanita hamil kepada janinnya. 
Jangkitan semasa kehamilan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti Microcephaly (Kepala bayi lebih kecil berbanding bayi yang sama jantina dan umur).
Tiada vaksin atau ubat untuk Zika.
 
 
ZIKA MEREBAK/DIPINDAHKAN MELALUI:  
 
  • Gigitan nyamuk
  • Wanita hamil kepada janinnya
  • Seks
  • Pemindahan darah/pendedahan makmal (Tidak dapat disahkan) 
 
 
GEJALA ZIKA: 
 
  • Mata merah
  • Demam
  • Sakit kepala/sendi/otot
  • Ruam kulit
  • Kelesuan
 
 
MERAWAT GEJALA ZIKA: 
 
  • Dapatkan rawatan untuk melegakan kesakitan dan demam
  • Banyakkan minum air masak
  • Tidur/rehat yang cukup
  • Pakai baju berlengan panjang dan labuh (Mengelak gigitan nyamuk Aedes)
 
 
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN ZIKA:
 
  • Buang air bertakung di dalam tayar-tayar buruk, atas pasu bunga, botol dan bekas yang boleh menakung air
  • Tutup bekas tadahan air. Jika terpaksa menadah air, masukkan bahan pembunuh jentik-jentik
  • Buang sampah sarap ke dalam beg sampah/tong sampah yang bertutup rapat
  •  Pakai seluar panjang & baju lengan panjang
  • Guna repellen/semburan aerosol serangga (Menghalau nyamuk)
  • Guna skrin/langsir yang telah dirawat racun serangga nyamuk untuk menutup tingkap/pintu
  • Tidur dilindungi kelambu
 

FAKTA PENTING ZIKA: 

Virus Zika pertama kali dilaporkan di Uganda pada tahun 1947, tetapi wabak virus Zika tidak dilaporkan di Amerika sehingga 2015.
 
TIADA AEDES: TIADA ZIKA, DENGGI & CHIKUNGUNYA !
 
Itu saja perkongsian, wassalam.