Tuesday 30 August 2016

Saya Nak Menang Set Skinfood Bernilai RM200

Assalamualaikum
Dah lame Cik Tiey tak join ape2 contest blogger2. Hari ni nak join lah. Hehe. TQ Sis Noni bagi tau kite ok.

KLIK SINI UNTUK JOIN

Kawan2 Di Tag: 


Saya nak menang Set Skinfood kerana sudah menjadi lumrah wanita dan kecantikan pasti tidak dapat dipisahkan.

Best of luck to myself, hehehe :)

Wassalam.


Contest ni bermula pada 29 Ogos 2016 - 26 September 2016 . Syarat - syarat yang perlu anda lakukan adalah :


1. Buat entry bertajuk "Saya Nak Menang Set Skinfood 
    Bernilai RM200"
2. Follow belog yaya ( www.yayacendana.com )
3. Like page Beauty Palace Korea
4. Like page Yaya Cendana Official
5. Tag 3 orang rakan kesayangan anda untuk join contest ini

Pesanan : Jangan lupa beritahu sebab kenapa anda nak menang Set Skinfood ?

Contoh : 

" Saya nak menangSet Skinfood kerana .................................. " ( panjang perkataan kengkawan tak kisah berapa baris pun )


Selamat Mencuba semua ;)

Saturday 27 August 2016

Vitamin C

Assalamualaikum semua. Bila ada kelapangan ni Cik Tiey nak kongsi skit pasal VITAMIN C. Cik Tiey nak kongsi ni sebab diri sendiri yang ambil. Jadi rasenye tak jadi masalah untuk menulis pasal ni. Kan? :)


PENGENALAN: 

- Vitamin C ni juga dikenali sebagai Asid Askorbik. Ia banyak terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, ia adalah vitamin larut-air dan antioksidan yang kuat juga membantu bentuk badan dan mengekalkan tisu penghubung termasuk tulang, saluran darah dan kulit.

KELEBIHAN: 

- Vitamin C membantu untuk membaiki dan menjana semula tisu, melindungi daripada penyakit jantung, membantu dalam penyerapan zat besi, mencegah skurvi (kurang vitamin c yang teruk - kelemahan umum, anemia, penyakit gusi & pendarahan kulit), mengurangkan jumlah kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida (terbentuk dari gliserol & 3 kumpulan asid lemak). Kajian juga menunjukkan Vitamin C boleh membantu melindungi terhadap pelbagai jenis kanser dengan memerangi radikal bebas dan membantu meneutralkan kesan-kesan nitrit (bahan pengawet dalam makanan dibungkus). Vitamin C juga boleh mengurangkan tempoh dan gejala selesema biasa, membantu melewatkan/mencegah katarak, dan menyokong fungsi imun yang sihat.
 
SAYUR/BUAH YANG TINGGI VITAMIN C:  

- Lada (Peppers - Yellow bell peppers).



- Jambu (Guavas).



- Sayur berdaun hijau gelap (Dark green leafy vegetables - Kale).


- Buah kiwi (Kiwifruit - Green).


- Brokoli (Broccoli).


- Beri (Berries - Strawberries).


- Buah-buahan citrus (Citrus fruits - Oranges).


- Tomato (Tomatoes - Cooked).


- Kacang pis (Peas - Mange tout).


- Betik (Papaya).


KESAN SAMPINGAN: 

-  Kesan sampingan yang serius dari terlalu banyak Vitamin C sangat jarang berlaku kerana badan tidak boleh menyimpan vitamin. Walau bagaimanapun, jumlah yang lecih besar daripada 2000 mg/hari tidak digalakkan. Dos yang tinggi boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit. Semasa mengandung juga tidak digalakkan mengambil dos besar Vitamin C. Ini kerana boleh menyebabkan kekurangan Vitamin C pada bayi selepas bersalin.

- Terlalu sedikit Vitamin C boleh membawa kepada tanda-tanda dan gejala kekurangan, termasuk:
  • ANEMIA
  • GUSI BERDARAH
  • KEUPAYAAN MELAWAN JANGKITAN MENURUN
  • MELAMBATKAN KADAR PENYEMBUHAN LUKA
  • RAMBUT KERING
  • MUDAH LEBAM
  • RADANG GUSI (GINGIVITIS)
  • HIDUNG BERDARAH
  • BERAT BADAN NAIK (METABOLISMA MENURUN) 
  • KULIT KASAR, KERING & BERSISIK
  • SENDI BENGKAK & SAKIT
  • ENAMEL GIGI LEMAH 
- Satu bentuk teruk kekurangan Vitamin C dikenali sebagai skurvi. Kebiasaannya dihidapi oleh golongan tua, orang dewasa yang kekurangan zat makanan.

SUPPLEMENT VITAMIN C YANG CIK TIEY PERNAH AMBIL:






Oklah itu je hari ni nak kongsi dengan semua. Wassalam :)

Friday 26 August 2016

SALAM JUMAAT :)

Assalamualaikum semua... 

Salam Jumaat, ehhh dah malam lah...




Cik Tiey rindu nak menulis tapi tak tau nak tulis ape... 

Sebenarnye Cik Tiey bosan dan banyak sangat pikir sampai rase sarat dah aih kepala nih... Yela mana tak pikir kalau dalam situasi sekarang nie... Hurmmm... Sebab perangai manusia yang tidak bertanggungjawab, kita yang menanggung susah... Die boley buat diam dan lepas tangan camtu je... Ehhhh panas hati, mohon bersabar ye Cik Tiey !

Dalam hidup kita ni janganlah menyusahkan orang kalau kita memang tak mampu nak ringankan beban orang lain. Mohon Allah kuatkan kita semua dalam mengharungi ujian dalam hidup ni. insyaAllah...




Wassalam (nota malam)

Wednesday 10 August 2016

Bikin stress saja...

Assalamualaikum semua. Sihatkah semua? Lamanya Cik Tiey tak menulis. Hari ni nak menulis kejap.

Dua minggu ni Cik Tiey dah macam ape dah. Tunggang langgang dibuatnya. Manenya tak, Masalah manusia tak bertanggungjawab lain buat, Cik Tiey terkena bahana! Ini memang bikin STRESS!!! Pastu retinya diam je, ehhh Kau tau tak diam tu tak menyelesaikan masalah kau??? Eiii geram!!!




Pastu Cik Tiey ni punya rajin 2 last week mengemas bilik bagai nak rak, buang semua benda yang lama2 tak berguna lagi. Habuk die takyah cakap la kan. Memang bagai gunung berapi lepas meletus kot. Cik Tiey ni alergik bermacam jenis benda salah satunya HABUK! So bilik dah cantik la kan ngan arrangement baru. Tapi yang disasternya tu Cik Tiey sampai sakit dada malam tu ngan hidungnya berair bukan setakat hidung tau ngan mata tekak telinga. Nah amek overnya! Hahahaha...

Cik Tiey pon cam biaselah dah alergik menyerang ape lagi ubat la kan, ikhtiar kot. Padan muka Mama suh pakai face mask mase mengemas tu taknak. Bukan taknak tapi Cik Tiey rase cam lemas je kalau pakai benda alah tu. Huhuhu...




Cik Tiey cam biase lah makan ubat pastu plus Vitamin C (Supplement wajib Cik Tiey yg 3 bln stop trus menjadi-jadi resdung aka alergik ni - hidung tu asyik tersumbat je). Nak jadikan cerita la kan. Sebelum ni Vitamin C tak pernah putus dan ALHAMDULILLAH memang allergik pon tahan skit.

Minggu ni plak, handphone Cik Tiey rosak dah tak boleh guna. Tambah lagi yang bikin stressnya badan ni tak sihat. Demam selsema batuk yang menjadi-jadi. Ubat tu takyah cakap la, Cik Tiey ni jenis senang makan ubat tau. Sakit lemah satu badan sangat tidak larat. Doakan Cik Tiey cepat sembuh ya :)

Mata Cik Tiey pon boleh tahan, mengadap PC lame skit mulalah sakit kepala bagai. Sebab tu mengadap je PC terus pakai spekmata tersayang (Cik Tiey tak suka pakai spekmata, huhuhu) 

Dalam mase sebulan ni macam2 masalah timbul. Semoga Cik Tiey kuat menghadapi semua ini. Bagai jatuh ditimpa tangga. So sad! Jumpa lagi semua...




Wassalam :)