Wednesday 10 August 2016

Bikin stress saja...

Assalamualaikum semua. Sihatkah semua? Lamanya Cik Tiey tak menulis. Hari ni nak menulis kejap.

Dua minggu ni Cik Tiey dah macam ape dah. Tunggang langgang dibuatnya. Manenya tak, Masalah manusia tak bertanggungjawab lain buat, Cik Tiey terkena bahana! Ini memang bikin STRESS!!! Pastu retinya diam je, ehhh Kau tau tak diam tu tak menyelesaikan masalah kau??? Eiii geram!!!




Pastu Cik Tiey ni punya rajin 2 last week mengemas bilik bagai nak rak, buang semua benda yang lama2 tak berguna lagi. Habuk die takyah cakap la kan. Memang bagai gunung berapi lepas meletus kot. Cik Tiey ni alergik bermacam jenis benda salah satunya HABUK! So bilik dah cantik la kan ngan arrangement baru. Tapi yang disasternya tu Cik Tiey sampai sakit dada malam tu ngan hidungnya berair bukan setakat hidung tau ngan mata tekak telinga. Nah amek overnya! Hahahaha...

Cik Tiey pon cam biaselah dah alergik menyerang ape lagi ubat la kan, ikhtiar kot. Padan muka Mama suh pakai face mask mase mengemas tu taknak. Bukan taknak tapi Cik Tiey rase cam lemas je kalau pakai benda alah tu. Huhuhu...




Cik Tiey cam biase lah makan ubat pastu plus Vitamin C (Supplement wajib Cik Tiey yg 3 bln stop trus menjadi-jadi resdung aka alergik ni - hidung tu asyik tersumbat je). Nak jadikan cerita la kan. Sebelum ni Vitamin C tak pernah putus dan ALHAMDULILLAH memang allergik pon tahan skit.

Minggu ni plak, handphone Cik Tiey rosak dah tak boleh guna. Tambah lagi yang bikin stressnya badan ni tak sihat. Demam selsema batuk yang menjadi-jadi. Ubat tu takyah cakap la, Cik Tiey ni jenis senang makan ubat tau. Sakit lemah satu badan sangat tidak larat. Doakan Cik Tiey cepat sembuh ya :)

Mata Cik Tiey pon boleh tahan, mengadap PC lame skit mulalah sakit kepala bagai. Sebab tu mengadap je PC terus pakai spekmata tersayang (Cik Tiey tak suka pakai spekmata, huhuhu) 

Dalam mase sebulan ni macam2 masalah timbul. Semoga Cik Tiey kuat menghadapi semua ini. Bagai jatuh ditimpa tangga. So sad! Jumpa lagi semua...




Wassalam :)

No comments:

Post a Comment