Wednesday 8 November 2017

November Indah

Assalamualaikum :) Alhamdulillah dah masuk November pun, tak lame lagi 2017 akan pergi. Banyak lagi perkara yang masih tak selesai kan kan? Hurmmm...

Sekarang kat Kelantan musim hujan, tiap2 hari pun hujan alhamdulillah. Cuma harap jangan terjadi banjir besar je la, insyaAllah.

Lately, selalu tidur lewat. Dah macam burung hantu gitu, hehe.Saje conteng wall malam ni. Dah lame sangat tak menulis. Huhu...

Selamat malam korang ;)

Semoga hidup kita semua diberkati Allah dan dimurahkan rezeki melimpah ruah ye, Amin...

Friday 18 August 2017

Salam Jumaat 💕

Assalamualaikum.

Alhamdulillah di pagi Jumaat ni rase tenang je.

Dalam hidup kita pasti ade liku yang terpaksa kita lalui rela dan tanpa rela. Bila ada masalah, sentiasalah ingat bahawa kita ade Dia. Bercerita lah kepadaNya, insyaAllah masalah itu akan terasa ringan. Bukan tak boleh bercerita pada manusia, cuma kadang-kadang ada baiknya masalah itu menjadi rahsia kita.

Yakin dan berbaik sangka lah bahawa Allah Maha Berkuasa. Boleh jadi rintangan hari ini menjadikan kita lebih tabah dan dewasa. Jangan lah berputus asa 💓

Wassalam.



Thursday 17 August 2017

Bermingguan Di Gua Musang

Assalamualaikum, lamenya tak menulis. Sihat ke semua?

Seminggu ni Cik Tiey pergi Gua Musang saje nak mencari ketenangan. Duduk rumah sepupu, die mengajar kat SK Gua Musang. Terima kasih daun keladi my beloved maksu Ida ❤  Mase kat sane sempat la sepupu bawak pusing-pusing Bandar Utama aka Bandar Baru Gua Musang. Memang la agak sunyi tapi sebab bandar baru so meriah jugak la, tak terasa sangat sunyinya. Paling best dekat dengan Taman Tasik Gua Musang, petang memang ramai yang jogging dan bersenam dekat sini. Cik Tiey juz jalan pusing tasik je, best sangat sebab sangat tenang persekitaran kat situ tambahan mase tu hujan renyai-renyai. Sekarang dah sampai Bachok 😌









Wassalam.

Tuesday 1 August 2017

- nota diri -

apa ek kau rase sebab terlepas peluang yang sangat kau nantikan? seyesly 2 minggu ni rase sangat terganggu. yang mampu hanya senyum tanpa diketahui orang sekeliling sentiasa cuba untuk kuat dan gembirakan orang sekeliling. be strong zaty! semoga Allah bantu untuk lebih tabah dalam menghadapi ujian apa pun, insyaAllah

Sunday 16 July 2017

Thursday 6 July 2017

SALAM SYAWAL

Assalamualaikum. Lamenya xjenguk blog, berhabuk aihhh. Masih belum terlambat Zaty ucapkan Salam Syawal, maaf zahir batin :)




Wassalam... 

Wednesday 5 April 2017

Tq Kawan

Assalamualaikum.
Haaaa, dah lame sebenarnye tengok kawan dekat IG FB Wassap buat benda alah ni. Tapi Zaty sekadar tengok, tak menyempat nak amek tahu ape benda ni. Tup2 ade kawan tolong buatkan untuk Zaty. Btw, thanx Fina tolong buatkan. Canteq, Zaty suke 💞





Wassalam 💝

Buat Kaca Mata Baru

Assalamualaikum. Tengahari tadi, kawan Zaty ajak teman die keluar pergi LHDN. Lepas tu kami pergi Giant Superstore Tunjong, baru je buka. Pergi kejap je. Jalan-jalan ternampak Milan buat promosi, masuk la kejap tengok. Murah sangat, ape lagi buat la 1. Tambahan Zaty punye rabun takde la teruk sangat, silau je teruk. So, murah sangat. Tak sampai RM50 pun. So, sesape nak buat kaca mata baru cepat-cepat rebut peluang selagi promosi ni. Hehe 😂


Satu utk awak, satu utk saye

Zaty & Kak Dayu


Wassalam.

Baby Isha

Assalamualaikum. Alhamdulillah kawan baik Zaty selamat melahirkan baby pertama minggu lepas. Tahniah Farah & Hashim. Semoga baby Farisya Humaira menjadi anak yang solehah dan membesar dengan sihat 👶 💟 Ni Zaty pos ke Terengganu untuk baby Isha, sekadar mampu. Nanti ade kelapangan boleh jumpa, insyaAllah




Wassalam.

Saturday 1 April 2017

Day Out Bersama Anis

Assalamualaikum.

30/03/2017 (Khamis) - Zaty keluar ngan Anis, cam biase la. Lame tak jumpa mula la teringat, tambah Anis memang keje Kelantan pun, senang la kami nak keluar lepak2 sembang2. Dah jumpa macam2 la sembang, Anis sentiase memahami Zaty, senang kalau bercerita dengan die. Positif sentiasa. TQ Anis belanja aiskrim Baskin Robbins 💘



  

Wassalam...

TQ Untuk Bawal & Brooch 💕

Assalamualaikum. Macam tajuk entry ari ni. Terima kaseh sebab bagi tudung favourite bawal (Exclusive By Jannat) dan brooch berkilau-kilau gitu (Brooch Korea Bear) 🐻. Zaty suka sangat. Tudung memang best pakai, broochnya belum pakai lagi sebab Zaty jenis pakai brooch saiz kuman je. Yg ni brooch saiz mak kuman, bsr skit je. Hehe 😅


TQ Fina 💖

I suke 💗


Wassalam.

Selamat Pengantin Baru Fina

Assalamualaikum. Mase kenduri kawan Zaty hari tu 20/3/2017 tak dapat nak pegi. Ade majlis kawin len. So, lepas tu jumpa die nak kasi adiah yang tak seberapa ni. Selamat pengantin baru Fina, semoga bahagia ke syurga, amin 💑


Adiah ni utk Kak Erah & Fina

Nur Syarafina Nadia & Nur Izzati


Wassalam 💓

Vitamin C With Rose Hips

Assalamualaikum.

First time Zaty beli Vitamin C With Rose Hips ni, saje nak cuba. Zaty & vitamin c berpisah tiade, hehehe 😂 

Sumber Google:

What is vitamin C with rose hips good for?

Rose hips contain the seeds of the rose plant. Dried rose hips and the seeds are used together to make medicine. Fresh rose hips contain a lot of vitamin C, so they share many uses with vitamin C including preventing and treating colds, flu, and vitamin C deficiencies.




Wassalam.

Friday 24 March 2017

24/3/2017 - Jumaat

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk bernafas pada hari Jumaat yang mulia ini. Semoga kita sentiasa dibawah lindunganNya. InsyaAllah ♡

BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA. JANGAN KIRA APA YANG KITA TAK ADA, DAN JANGAN KIRA APA YANG ORANG LAIN ADA. SEBALIKNYA, KIRA APA YANG KITA ADA, DAN KIRA APA YANG ORANG LAIN TIADA.




Habiskan masa mencari sesuatu yang berfaedah untuk diri ♥


Wassalam.

Monday 20 March 2017

17/3/17 - Jumaat

Assalamualaikum. Seperti tarikh di atas, Arwah Nenekanda Aminah telah kembali ke rahmatullah pada pukul 1 tghri di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Semoga arwah ditempat bersama para soleh. Amin




Setiap kali ade kematian, kenduri, maka ramailah yg dtg. Saudara-mara yg lame tak jumpa, dptlah bertemu dgn satu yg lain.










~ Rumah Peninggalan Arwah Nenekanda Embong - Kg Tok Burong ~

Wassalam.

3 Tahun Dulu

9/3/17 - Assalamualaikum. Hari tu buka FB tengok memori 3 thn lps. Rindu arwah nenekanda. Setahun stgh sudah sejak pemergian arwah nenekanda Embong. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah, amin 😇 💕




Wassalam.

Ubat Batuk Prospan

Hai, assalamualaikum 👩
Meh sini nak cite skit, hehehe. Xde pape pn. Mnggu lps Zaty batuk agk teruk la jgk. Abes 3 jnis ubt batuk semua ( Copastin, ubt batuk cap ibu & ank, ubt batuk prospan ). Alhamdulillah sekarang dah ok. Kali prtma cuba ubt batuk prospan ni. Rase die best mcm air roselle versi manis gitu. So, kalau sape yg batuk tu, bley la try ok 👍




Wassalam.

Anak Sepupu Baru :)

Assalamualaikum.
Tahniah Kak Ita & Abg Mil dpt jgk baby laki. 
Dh lame depa nk ank laki, trmkbul jgk. 
Ank laki prtma & ank bgsu ke-6. 
Alhamdulillah brtmbh la ank spupu Moktie ♡ 👶 
Welcome to the beautiful world syg 💓
Jadi ank yg soleh, insyaAllah.




Wassalam.

Saturday 18 February 2017

Vitamin D

Salam. 

Zaty nak kongsi maklumat ringkas pasal Vitamin D. Mase skrol IG ternampak satu post dari Dr Nura******. Rasenye tak rugi kalau Zaty pun kongsi.

Vitamin D adalah penting untuk kesihatan yang baik secara keseluruhan & tulang yang kuat & sihat. Ia juga merupakan faktor penting dalam memastikan otot, jantung, paru2 & otak berfungsi dengan baik & seterusnya tubuh boleh melawan jangkitan.

Badan kita boleh membuat Vitamin D sendiri dari cahaya matahari. Kita juga boleh mendapatkan supplement Vitamin D & beberapa jenis makanan yang dimakan seperti keju, mentega, susu, bijirin, ikan, dll.

Vitamin D menguruskan kalsium dalam darah, tulang & usus & membantu sel2 di seluruh badan berhubung dengan baik. 






Jumlah Vitamin D yang diperlukan 500 IU setiap hari untuk orang dewasa 🌞 
Sayangi tulang anda 💕

Wassalam...

17/2/2017 - Jumaat

SALAM. HARI JUMAAT PASTI TAKKAN LENGKAP TANPA AL-KAHFI. KALAU MASE STUDY DULU, PUNYA LIAT NAK BACA AL-QURAN. BANYAK SANGAT ALASAN. TERIMA KASIH MAMA SEBAB SELALU INGATKAN ANAKANDA PASAL SOLAT & AL-QURAN. WALAU SESIBUK MANE PUN KITA, JANGAN PERNAH TINGGALKAN SOLAT & BACALAH AL-QURAN SEKURANGNYA SEKALI SEMINGGU. ZATY SENDIRI MASIH BERUSAHA UNTUK SOLAT DI AWAL WAKTU & BACA AL-QURAN SETIAP HARI. INSYAALLAH ✅ ♡ ⏳ 😇 

#berikanmasa #denganizinAllah #yangjahattidakselalunyajahat #yangbaikjugatidakmestinyakekalbaik #berusahalah #insyaALLAH


Buku harian - Sangat sayang


Wassalam 💓

Teman Farhana

Salam. 

Hari Khamis lepas, Zaty teman kawan si Farhana ni 2 kali ok. Pagi pastu petang lepas asar. Pagi pegi KBMall nak survey pasal fon & lepas tu singgah kedai jam tangan Ah Mau di Berek 12 nak tanye pasal jam tangan lah. Petangnye lepas asar pegi teman die jumpa kawan Zaty, tujuan die? Nak letgo fon sebenarnye >>> Samsung 6 Edge Plus (Thanx Kamil sudi beli). Ade 2 barang lagi nak letgo Ladies Casio Watch & Pineng Powerbank. Kalau minat bley PM Zaty ok :)




Wassalam

Wednesday 15 February 2017

Pisang Crispy Cheese + Keropok Crispy + Aiskrim

Salam

Dah lame nak makan pisang crispy cheese ni. Sangat2 la nak rase, memang dah lame pun tapi Zaty je tak penah merase lagi. Kesian 😂 Dah sambil keluar ngan sepupu & maksedara, eheheh ternampak la 1 gerai yang jual pisang crispy cheese, keropok crispy & air2. Ape lagi, beli la kan, Mak sedara & sepupu nak cari perabot kat kedai sebelah. Memang berbaloi dengan harga, pisang crispy cheese ni RM5 + keropok crispy RM2 (berhampiran kedai perabot terpakai singapura) 😋 *sangatlah sedap!!!

Lepas selesai die orang pilih2 perabot, kami pegi Zaleha Textile, sepupu nak beli kain pasang untuk PKHEM sekolah die nak bertukar ke sekolah lain sebab naik pangkat. Zaty pun doakan sepupu (Ida) cepat2 dapat tukar dekat rumah. Hehehehe 💃 

Dah tu, pegi solat Zohor dekat Masjid Kubang Kerian, ni memang masjid kesukaan kite orang (Alhamdulilah)... Pastu, sesampai rumah maksedara memang turun tapi Zaty pegi simpan barang2 & tukar tudung teman Ida cuci Baby die kasi berkilat skit (dah lame tak mandi katenye, hehe) 🚗 

Pastu, tempat kesukaan Pantai Irama ler, ombak ngan angin memang kuat sangat2, rase macam nak terbang saja. Orang pun tak ramai sangat mungkin sebab cuaca la kot. Kol 6.30 balek rumah.




Aiskrim tu beli lepas solat zohor, ade abg jual aiskrim. rm2 saje


Ni kali ke-2 beli tpi xbrape sdp, bli kt tmpt len, rm4 (Dpn kompleks belia Panji)


Wassalam

Thursday 9 February 2017

Lepak-lepak Di Pantai Irama Bachok

SALAM. 

MACAM BIASE LA ZATY NGAN KAWAN 2 ORANG NI ANIS & WAN. LEPAS KENDURI KAMI SOLAT ASAR DI MASJID BACHOK. LEPAS TU PEGI LEPAK TENGOK PEMANDANGAN PANTAI IRAMA SAMBIL MAKAN-MAKAN SIKIT 😃


PANTAI IRAMA BACHOK KELANTAN


MEMANG SEDAP SANGAT & MURAH

SEDAP! NAK LAGI!


WASSALAM

Wedding Azra

ASSALAMUALAIKUM

4/2/17 - TAHNIAH AZRA DAN PASANGANNYA TAUFIK. SEMOGA PERKAHWINAN YANG BAKAL DILAYARI BERSAMA BAHAGIA KE SYURGA HENDAKNYA.

#weddingazrataufik #gengibnusina #sekolahmenengah #jelawatbachokkelantan #kelantanselangor






WASSALAM 💟