Saturday, 18 February 2017

Vitamin D

Salam. 

Zaty nak kongsi maklumat ringkas pasal Vitamin D. Mase skrol IG ternampak satu post dari Dr Nura******. Rasenye tak rugi kalau Zaty pun kongsi.

Vitamin D adalah penting untuk kesihatan yang baik secara keseluruhan & tulang yang kuat & sihat. Ia juga merupakan faktor penting dalam memastikan otot, jantung, paru2 & otak berfungsi dengan baik & seterusnya tubuh boleh melawan jangkitan.

Badan kita boleh membuat Vitamin D sendiri dari cahaya matahari. Kita juga boleh mendapatkan supplement Vitamin D & beberapa jenis makanan yang dimakan seperti keju, mentega, susu, bijirin, ikan, dll.

Vitamin D menguruskan kalsium dalam darah, tulang & usus & membantu sel2 di seluruh badan berhubung dengan baik. 






Jumlah Vitamin D yang diperlukan 500 IU setiap hari untuk orang dewasa 🌞 
Sayangi tulang anda 💕

Wassalam...

No comments:

Post a Comment