Assalamualaikum. Salam 1 September 2016.
Hari ni Cik Tiey nak kongsi sedikit maklumat mengenai Virus Zika.
Kes Virus Zika pertama di Malaysia telah dilaporkan oleh kenyataan media Menteri Kesihatan pada hari ini.
KENYATAAN AKHBAR MENTERI KESIHATAN MALAYSIA (ZIKA):
VIRUS ZIKA:
Zika adalah virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes (Ae. aegypti & Ae. albopictus), yang juga menyebabkan Aedes dan Chikungunya.
Nyamuk ini menggigit agresif pada siang hari dan juga boleh menggigit pada waktu malam.
Zika boleh dipindahkan dari seorang wanita hamil kepada janinnya.
Jangkitan semasa kehamilan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti Microcephaly (Kepala bayi lebih kecil berbanding bayi yang sama jantina dan umur).
Tiada vaksin atau ubat untuk Zika.
ZIKA MEREBAK/DIPINDAHKAN MELALUI:
- Gigitan nyamuk
- Wanita hamil kepada janinnya
- Seks
- Pemindahan darah/pendedahan makmal (Tidak dapat disahkan)
GEJALA ZIKA:
MERAWAT GEJALA ZIKA:
- Dapatkan rawatan untuk melegakan kesakitan dan demam
- Banyakkan minum air masak
- Tidur/rehat yang cukup
- Pakai baju berlengan panjang dan labuh (Mengelak gigitan nyamuk Aedes)
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN ZIKA:
- Buang air bertakung di dalam tayar-tayar buruk, atas pasu bunga, botol dan bekas yang boleh menakung air
- Tutup bekas tadahan air. Jika terpaksa menadah air, masukkan bahan pembunuh jentik-jentik
- Buang sampah sarap ke dalam beg sampah/tong sampah yang bertutup rapat
- Pakai seluar panjang & baju lengan panjang
- Guna repellen/semburan aerosol serangga (Menghalau nyamuk)
- Guna skrin/langsir yang telah dirawat racun serangga nyamuk untuk menutup tingkap/pintu
- Tidur dilindungi kelambu
FAKTA PENTING ZIKA:
Virus Zika pertama kali dilaporkan di Uganda pada tahun 1947, tetapi wabak virus Zika tidak dilaporkan di Amerika sehingga 2015.
TIADA AEDES: TIADA ZIKA, DENGGI & CHIKUNGUNYA !
Itu saja perkongsian, wassalam.
No comments:
Post a Comment