Tuesday 27 December 2016

Homestay Anjumg Hijau

Assalamualaikum semua, Semoga kita sihat2 la hendaknya. Zaty nak kongsi skit pasal Homestay Anjung Hijau ni.




Homestay ni sangat la selesa tau. Bagi sesiapa yang nak bercuti atau menginap sementara menghadiri sebarang majlis sangat lah disyorkan. Setakat ni ramai yang menginap sangat berpuas hati. Homestay Anjung Hijau ni menerima tempahan penginapan dari serata Malaysia, dari Sarawak, Johor, Perak, Kedah, Terengganu. Bak kate seluruh Malaysia lah, dari Kelantan sendiri pun ade.


Homestay Anjung Hijau ni terletak di alamat LOT 319, JALAN PANTAI IRAMA, 16300 BACHOK, KELANTAN. Lokasinya boleh dikatakan sangat strategik kerana berhampiran Pantai Irama dan pandang dari rumah pun dah nampak jalan raya. Dari segi pengangkutan awam pun senang, jalan utama ade teksi dan bas. Selain itu, berdekatan juga ada kedai makan, kedai runcit dan lebih kurang 1KM dari Bandar Bachok. Walaupun Bandar Bachok ni tak luas mane, kemudahan seperti bank, stesen bas, pusat membeli belah (Billon Shopping Mart), KFC, klinik dan lain2 tetap ade.









Homestay Anjung Hijau adalah 2 buah rumah, 2 tingkat, 3 bilik tidur, 2 tandas dan berhawa dingin. Dilengkapi dengan kemudahan asas seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh, dapur memasak, seterika, cerek air elektrik, periuk nasi elektrik dan lain-lain.

Paling penting sekali tuan punya homestay ni sangatlah peramah dan senang untuk berurusan. Ape lagi? Kalau masih tak tahu nak cari homestay untuk penginapan semasa bercuti di Bachok Kelantan, bolehlah menginap di Homestay Anjung Hijau ni. Anda pasti akan berpuas hati :)




Sekian, wassalam :)

No comments:

Post a Comment