Tuesday 27 August 2013

Virus Kencing TIKUS

Assalamualaikum.
Dah agak lama tangan ini tidak menaip post kat blog.
Huhu.

Juz nak share sedikit info kat sini.

  • penyakit kencing tikus atau nama sainsnya, leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria leptospira yang disebarkan melalui haiwan. jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak & membawa maut.
  • manusia boleh mendapat jangkitan leptospirosi apabila mengharung atau berenang dalam air tercemar atau tidak mengandungi klorin. bahkan, menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia selain sentuhan langsung dengan air kencing, darah atau tisu haiwan yang dijangkiti.
  • bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. bagaimanapun, bakteria ini tidak dipindahkan dari 1 individu ke individu lain.




INDIVIDU YANG TERDEDAH KEPADA RISIKO PENYAKIT ADALAH MEREKA : - 

  • melakukan pekerjaan terdedah kepada panas seperti petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah & anggota tentera.
  • aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak & berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • terdedah kepada peralatan & haiwan di rumah termasuk binatang peliharaan seperti anjing, binatang sembelihan & mengambil makanan yang telah digigit binatang seperti tikus, tupai & arnab yang telah dijangkiti. 


~ oh .. tikus .. ~




 sumber : sinar harian :D

4 comments:

  1. memang bahaya kencing tikus ni.
    errrr tapi tikus dlm Rattatoile
    tu kiut sangat plak dah hehe





    salam kenal,
    anamizu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes ni skung pom still byk cuma xde siar kt brita je.. Huhu.. Slm kenal, zaty :)

      Delete