Assalamualaikum semua, salam merdeka, salam malaysia..
Huhuhu..Masih belum terlambat nak bermain ngan keyboard lappy nie untuk menghasilkan 1 entri yang simple mengenai merdeka kita iaitu Malaysia ku..
:)
SELAMAT HARI MERDEKA KE-56 & SELAMAT HARI MALAYSIA KE-50 UNTUK NEGARAKU TERCINTA MALAYSIA !
TEMA TAHUN 2013 NI --> MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
Kemerdekaan yang dikecapi - bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental.
Erti kemerdekaan yang dinikmati - membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.
Zaty nak share skit mutiara kata dari pemimpin negara kita:-
- merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan -
- kita hendaklah mempunyai keyakinan kepada sains dan teknologi moden tanpa membelakangkan kewajipan- kewajipan kita sebagai manusia yang beriman -
- seseorang pemimpin mestilah jujur. kejujuran yang saya maksudkan, bukan sahaja dari segi sokongan yang diberikan kepada perjuangan parti, tetapi juga dalam pemikiran, pertimbangan dan tindakan -
- amanah asas kejayaan dan berpeganglah kepada amanah setiap kali kita membuat sesuatu -
- Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar
- Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
- Andai sengketa membelenggu sesama
- Andai kerakusan menguasai kita
- Ke manakah tumpah harapan mereka
- Kerana,
- Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
- Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
- Melunas sumpah, menunai janji
- Ayuhlah,
- Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
- Lupakan beza lebuhkan menerima
- Bertatihlah bersamaku
- Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan
- 1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia
( Pesanan : Bersyukurlah pada Allah kerana tanpaNya kita tidak mungkin merdeka )
No comments:
Post a Comment