Tuesday 27 August 2013

Malaysia Bakal Tunduk Kepada Amerika???

Assalamualaikum semua.
Mesti kita ada terdengar terbaca terlihat pasal TPPA kan kan ??
Hmmmm.

PM Najib Razak dijangka akan menunjukkan kesetiaannya kepada Amerika Syarikat dengan menandatangani Perjanjian TPPA menjelang kunjungan Presiden Barack Obama ke Malaysia Oktober depan.

Wajarkah??

Bagi saya: TPPA bakal memberi malapetaka kepada ekonomi & sosial apabila syarat2 perjanjian itu dikuatkuasakan !




MALAPETAKA TPPA KEPADA RAKYAT : -

1) HARGA UBAT NAIK - ubatan generik seperti panadol yang lebih murah & mempunyai kandungan & kesan yang sama dengan ubat asli tidak dibenarkan untuk dijual.

2) INDUSTRI PADI NEGARA TERJEJAS - beras dari amerika syarikat yang menerima subsidi yang tinggi akan dipasarkan, menyebabkan petani di negara ini terjejas sumber pendapatan.

3) HARGA BUKU AKADEMIK NAIK - hakcipta dilanjut ke 50 tahun. pelajar yang fotostat buku akan didenda berat.

4) SYARIKAT BUMIPUTERA HILANG KEISTIMEWAAN - syarikat asing yang melabur di negara ini diberikan layanan yang sama rata & mungkin lebih berbanding syarikat tempatan.

5) PENGANGGURAN MENINGKAT - tiada cukai import menyebabkan lambakan produk import menyebabkan perniagaan tempatan terjejas & pekerja dihentikan.

6)  KUASA EKENOMI TERJEJAS - kemasukan syarikat gergasi seperti walmart akan menghancurkan sektor industri kecil sederhana (iks).

7) KERAJAAN TIADA KUASA LINDUNGI RAKYAT - pemodal luar boleh menyaman kerajaan malaysia di mahkamah antarabangsa jika keuntungan syarikat itu terjejas oleh tindakan kerajaan.

SO, PIKIR2KAN..




sumber : suara keadilan :)



No comments:

Post a Comment