Saturday 27 August 2016

Vitamin C

Assalamualaikum semua. Bila ada kelapangan ni Cik Tiey nak kongsi skit pasal VITAMIN C. Cik Tiey nak kongsi ni sebab diri sendiri yang ambil. Jadi rasenye tak jadi masalah untuk menulis pasal ni. Kan? :)


PENGENALAN: 

- Vitamin C ni juga dikenali sebagai Asid Askorbik. Ia banyak terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, ia adalah vitamin larut-air dan antioksidan yang kuat juga membantu bentuk badan dan mengekalkan tisu penghubung termasuk tulang, saluran darah dan kulit.

KELEBIHAN: 

- Vitamin C membantu untuk membaiki dan menjana semula tisu, melindungi daripada penyakit jantung, membantu dalam penyerapan zat besi, mencegah skurvi (kurang vitamin c yang teruk - kelemahan umum, anemia, penyakit gusi & pendarahan kulit), mengurangkan jumlah kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida (terbentuk dari gliserol & 3 kumpulan asid lemak). Kajian juga menunjukkan Vitamin C boleh membantu melindungi terhadap pelbagai jenis kanser dengan memerangi radikal bebas dan membantu meneutralkan kesan-kesan nitrit (bahan pengawet dalam makanan dibungkus). Vitamin C juga boleh mengurangkan tempoh dan gejala selesema biasa, membantu melewatkan/mencegah katarak, dan menyokong fungsi imun yang sihat.
 
SAYUR/BUAH YANG TINGGI VITAMIN C:  

- Lada (Peppers - Yellow bell peppers).



- Jambu (Guavas).



- Sayur berdaun hijau gelap (Dark green leafy vegetables - Kale).


- Buah kiwi (Kiwifruit - Green).


- Brokoli (Broccoli).


- Beri (Berries - Strawberries).


- Buah-buahan citrus (Citrus fruits - Oranges).


- Tomato (Tomatoes - Cooked).


- Kacang pis (Peas - Mange tout).


- Betik (Papaya).


KESAN SAMPINGAN: 

-  Kesan sampingan yang serius dari terlalu banyak Vitamin C sangat jarang berlaku kerana badan tidak boleh menyimpan vitamin. Walau bagaimanapun, jumlah yang lecih besar daripada 2000 mg/hari tidak digalakkan. Dos yang tinggi boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit. Semasa mengandung juga tidak digalakkan mengambil dos besar Vitamin C. Ini kerana boleh menyebabkan kekurangan Vitamin C pada bayi selepas bersalin.

- Terlalu sedikit Vitamin C boleh membawa kepada tanda-tanda dan gejala kekurangan, termasuk:
  • ANEMIA
  • GUSI BERDARAH
  • KEUPAYAAN MELAWAN JANGKITAN MENURUN
  • MELAMBATKAN KADAR PENYEMBUHAN LUKA
  • RAMBUT KERING
  • MUDAH LEBAM
  • RADANG GUSI (GINGIVITIS)
  • HIDUNG BERDARAH
  • BERAT BADAN NAIK (METABOLISMA MENURUN) 
  • KULIT KASAR, KERING & BERSISIK
  • SENDI BENGKAK & SAKIT
  • ENAMEL GIGI LEMAH 
- Satu bentuk teruk kekurangan Vitamin C dikenali sebagai skurvi. Kebiasaannya dihidapi oleh golongan tua, orang dewasa yang kekurangan zat makanan.

SUPPLEMENT VITAMIN C YANG CIK TIEY PERNAH AMBIL:






Oklah itu je hari ni nak kongsi dengan semua. Wassalam :)

2 comments:

  1. salam zaty.. sihat ko jom join contest .. blh dapat kawan baru ..trafik pun naik meh-- meh...

    http://galeriduniaku.blogspot.my/2016/08/saya-nak-menang-set-skinfood-bernilai.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm kak. eh eh bru tdi trgt ko kak, dio tnggl jejak doh hahahaha. InsyaAllah ingt nk join jgk, dlu2 skmo join. Ni lamo dh dop, xdae. Hehehehe ;)

      Delete