salam sahabat
hari ni nak menulis sal mencari
hohoho
memang hidup kita manusia ni tak lekang dari mencari
yelah
bab kata orang la kan
kalau nak so kena cari
mana nak datang bergolek
memang betol
tapi kalau mencari tanpa berserah pada Allah sampai ke bila pon tak berkesudahan proses mencari
kalau susah pasti mencari kesenangan
kalau hilang pasti mencari pengganti
kalau kecewa pasti mencari ketenangan
umpama diri dengan bayang takkan terpisah
kita ni memang hidup untuk mencari
soal jodoh, kawan, kerja, duit, kaya, makan, semua la kena cari
tapi penah tak kita pikir bahawa pencarian itu suatu penyiksaan sebenarnya ???
kerana saya pernah mengalami dan masih mengalami
tapi satu ja yang saya tahu bahawa mencari keredhaan Allah adalah satu pencarian yang amat bernilai dalam hidup seorang muslim
apabila kita mencari redha Allah maka hidup lebih tenang
tak macam nak cari jodoh, kerja, duit, kawan dan bermacam lagi
semua dipenuhi kegelisahan dan airmata semata
hingga satu tahap kita akan berputus asa
bagi yang tidak berjaya dalam pencarian
tapi bagi yang berjaya dalam pencarian mereka akan rasa lega
tapi ! bersyukurkah mereka ?!
hidup ini hanya sementara
belajarlah menghargai
tidak perlu terlalu mencari mengejar kesempurnaan dunia hingga akhirat dicicirkan
mencari hikmah dalam setiap ujian Allah adalah yang terbaik
saya belajar dari pengalaman hidup
ya memang hidup tidak manis semuanya
anggap sahaja pahit itu anugerah Allah agar kita lebih dekat padaNya
insyaAllah
wassalam
No comments:
Post a Comment