Saturday, 21 September 2013

Gambar Sahaja Okei :)

ASSALAMUALAIKUM SEMUA
HARI NI MALAS NAK MENULIS 
JUZ NAK POST GAMBAR SAHAJA
(^_^)

GAMBAR SYAWAL 2013






With cousin aka maksu ida :D

Maaf ye, saya kelihatan begitu tidak sopan (sebenarnye nak singting lengan baju, hehe)

Nenek kesayangan :)

Sedikit juadah raya, sebelum hari raya pertama :)

Ketupat handmade by nenek & cik long :)

Hari raya memang ramai orang kat Pantai Irama (depan umah nenek je pon) :D



GAMBAR DI KALA PUASA ENAM

Laksa Kelantan by Mak Cik Ros :)

Spagheti by Mak Cik Ros 

(Rezeki orang berpuasa, syukur ya Allah)

GAMBAR SELEPAS BERLALUNYA BULAN SYAWAL 

Cek Nab datang main2 kat umah nenek :)

Kuih lompat tikam, famous kat Kelantan :)

Weee, beli Indocafe pastu dapat free set cawan ni (cantek kan???)


Sekian
Wassalam
(^_^)

Monday, 16 September 2013

~ Format Laptop By Me ~

Assalamualaikum teman..
Selamat menyambut Hari Malaysia..
Tanpa Allah Malaysia Takkan Seperti Sekarang..
Syukur Ke Hadrat ILAHI..
(^_^)

Zaty juz nak bagi tahu sesiapa yang ingin FORMAT LAPTOP Sahaja boleh la PM ZATY untuk maklumat ok.




Zaty yang akan format sendiri.

Tapi penghantaran & pengambilan laptop anda adalah sendiri.

p/s: do pm me 4 details :)

Thanx.



Sunday, 15 September 2013

TIPS UNTUK PASANGAN JARAK JAUH :)

Assalamualaikum teman2..
Ape kaba semua, diharap sihat2 semua..
Dan yang penting semoga semakin bertambah iman masing2, insyaallah..

Hari ni Zaty nak share skit tips bagi mereka yang berhubungan jarak jauh ni..
P/S: Pasangan suami isteri..
Hehehe..

Zaman skung ni even da kawin still ramai yang berjauhan..
Dek kerana kerja, belajar & len2..
Tapi xpe asal hubungan itu sudah halal di cc agama, amen..




PERTAMA : BERI SOKONGAN - contoh la kalau masing2 kerja kat tempat jauh, mesti akan terasa sedih & pilu even kekadang xterluah, kan ? so, perlukan pengorbanan. berilah sokongan & semangat antara 1 sama len agar masa depan anda cerah. insyaallah.


KEDUA : KEPERCAYAAN ANTARA PASANGAN - ni adalah kewajipan yang sangat penting dalam menjaga perhubungan jarak jauh ok. percaya pada diri sendiri yang anda mampu mengatasi masalah keluarga sendirian & percayalah bahawa pasangan anda tetap menjaga dirinya. tanpa kepercayaan yang kuat semuanya boleh hancur. mungkin ketakutan juga muncul memikirkan pasangan anda akan berlaku curang tanpa pengetahuan. tapi fikir yang positif iaitu pasangan anda pun mempunyai perasaan & kerinduan sama. kalau asyik fikir negatif & buruk sangka je, akan merugikan diri sendiri & membuat diri tertekan.


KETIGA : ISI MASA LAPANG DENGAN AKTIVITI BERFAEDAH - pasangan yang berjauhan ni biasa la kalau berasa sepi. nak kurangkan rasa camtu, carilah kesibukan dengan aktiviti2 seperti pergi kuliah agama atau melakukan aktiviti bersama anak2 atau ahli keluarga yang laen. 


KEEMPAT : TETAP BERHUBUNG - meskipun berjauhan, perlula bijak bahagikan waktu & masa untuk berkomunikasi & berhubung melalui telefon, e-mel, khidmat pesanan ringkas (sms) & sebagainya (zaman moden katakan-line, watsapp, viber). tapi janganlah kerap sangat sampai 1 jam skali sebab mungkin boleh mengganggu pasangan & berasa dirinya tidak dipercayai oleh pasangannya sendiri. oleh itu, batasilah hubungan agar rasa rindu tetap terpelihara dengan baik.


KELIMA : LIBATKAN ANAK2 - agar hubungan terpelihara libatkan anak2 dalam berkomunikasi kerana anak2 adalah faktor pengikat hubungan suami isteri. secara tidak langsung ia dapat mengingatkan pasangan, dia mempunyai keluarga yang memerlukannya. contoh la kan, time ngah telefon, beri peluang kepada anak2 untuk berbual & mendengar suara ibu atau ayahnya.


KEENAM : MELAWAT - jangan lupa untuk melawat pasangan. tidak semestinya dia yang perlu pulang selalu. sekali-sekala anda juga perlu melawatnya di sana.


KETUJUH : SALING MENDOAKAN - doa adalah senjata yang paling utama bagi kita yang beragama islam terutamanya. jadi, jangan lupa mendoakan pasangan selepas solat 5 waktu kerana ALLAH yang menentukan segala-galanya.





Semoga hubungan kita sesama Islam tetap utuh, insyaallah :)

Wassalam..

Thursday, 12 September 2013

Get Out Of My Head !

Assalamualaikum semua.. Ececece, tajuk cam gempak kan kan??.. Padahal zaty juz nak share cara nak HILANGKAN KELEMUMUR aka DANDRUFF je.. Hehe..




Masalah kelemumur ni sinonim la sangat ngan kita2 semua ni kan?.. Especially wanita tapi ! Lelaki pom same gak sebenanrnye.. Depends kat individu tu jugak la.. Ade yang berkelemumur ni sebab cuaca panas, berpeluh, rambut terlalu kering atau terlalu berminyak & stres!!! Ergggg..




Sebab2 kat atas tu berlaku sebenarnya dipengaruhi ngan faktor persekitaran zaman skung.. Huhhhh..

CARA PERTAMA : -

Guna daun inai & serbuk teh - ambil segengam daun inai & 1 sudu serbuk teh ( gilis skali sampai lumat ). Pastu lumur kat kulit kepala & biar selama 1 jam & bersihkan. Kalau boleh lakukan 3 kali seminggu sehingga kelumumur semakin berkurang. 




CARA KEDUA : -

Guna air limau - bagi yang ada luka kat kulit kepala, cara ini tidak sesuai sebab nanti luka korang akan pedih kalau terkena air perahan limau. Tapi kalau yang xde luka kat kulit kepala tu boley la amalkan cara ini. Amalkan sehingga kelemumur berkurang. 






CARA KETIGA : -

Guna daun pandan - ambil lebih kurang 10 helai daun pandan yang agak tua & tumbuk sampai halus & campurkan 2 gelas air. Lepas tu, tapis dulu & baru sapu pada rambut yang telah dibersihkan. Biarkan ia kering selama 30-60 minit & bilas dengan air mengalir. Daun pandan boley kurangkan masalah kelemumur & rambut menjadi lebih wangi. 






 CARA KEEMPAT : -

Guna santan - kalau nak tau santan ni memang petua tradisional turun-temurun lagi. Santan boleh kurangkan masalah kelemumur & menjadikan rambut lebih sihat & kuat.




SELAMAT MENCUBA ! :) 

Sunday, 1 September 2013

ohh MY potato

Assalamualaikum wrt readers..
Pejam celik kita dah masuk 1 hb 9 thn 2013 sudah..
Cepat je mase berlalu kan??
Semoga kita semua sentiasa diberkati Allah, amin..

Malam nie zaty nak cite skit sal ubi kentang ni..
Hehe..
Tadi terbaca kat yahoo yang ubi kentang ni upenye boley hilangkan lingkaran bawah mata!!
OMG..
Baru tau..
So, ladies mesti take note ok..
Biase la ladies kan suka jaga kecantikan muka..
Yang bagusnya kita guna benda asli, dijamin selamat..




 Biasa yang zaty tau boleh hilangkan lingkaran bawah mata --> TIMUN & UNCANG TEH

Tapi zaty penah je guna tomato & kiwi, hikhik.. Suka2 zaty je kan??.. Haha.. Tambah2 amek dari peti ais ngah sejuk, wahh bertambah best la..

FAKTANYA : ubi kentang ni boleh mencerahkan kulit terutama pada muka sebab ade enzim cathecolase ( kalau nak tau details sal enzim ni cari sendiri ek, hikhik )

CARA2 NAK SEDIAKAN SEBELUM LEKAT KAT MUKA TU CAMNI OK :-

  1. ambil 1/2 atau sebiji ubi kentang
  2.  kupas dulu kulit sebelum kisar sampai halus
  3. letak ubi kentang yang siap dikisar kat atas sehelai kain lembut & bersih
  4.  sapu kat bawah mata slow2 ( jangan tergopoh-gapah lak k )
  5. pastikan jangan lak kena kat mata
  6. biarkan ia diserap 15-20 minit
  7. barulah basuh dengan air bersih 




PESANAN : amalkan setiap hari !

Selamat mencuba ye !!