Sunday, 15 September 2013

TIPS UNTUK PASANGAN JARAK JAUH :)

Assalamualaikum teman2..
Ape kaba semua, diharap sihat2 semua..
Dan yang penting semoga semakin bertambah iman masing2, insyaallah..

Hari ni Zaty nak share skit tips bagi mereka yang berhubungan jarak jauh ni..
P/S: Pasangan suami isteri..
Hehehe..

Zaman skung ni even da kawin still ramai yang berjauhan..
Dek kerana kerja, belajar & len2..
Tapi xpe asal hubungan itu sudah halal di cc agama, amen..




PERTAMA : BERI SOKONGAN - contoh la kalau masing2 kerja kat tempat jauh, mesti akan terasa sedih & pilu even kekadang xterluah, kan ? so, perlukan pengorbanan. berilah sokongan & semangat antara 1 sama len agar masa depan anda cerah. insyaallah.


KEDUA : KEPERCAYAAN ANTARA PASANGAN - ni adalah kewajipan yang sangat penting dalam menjaga perhubungan jarak jauh ok. percaya pada diri sendiri yang anda mampu mengatasi masalah keluarga sendirian & percayalah bahawa pasangan anda tetap menjaga dirinya. tanpa kepercayaan yang kuat semuanya boleh hancur. mungkin ketakutan juga muncul memikirkan pasangan anda akan berlaku curang tanpa pengetahuan. tapi fikir yang positif iaitu pasangan anda pun mempunyai perasaan & kerinduan sama. kalau asyik fikir negatif & buruk sangka je, akan merugikan diri sendiri & membuat diri tertekan.


KETIGA : ISI MASA LAPANG DENGAN AKTIVITI BERFAEDAH - pasangan yang berjauhan ni biasa la kalau berasa sepi. nak kurangkan rasa camtu, carilah kesibukan dengan aktiviti2 seperti pergi kuliah agama atau melakukan aktiviti bersama anak2 atau ahli keluarga yang laen. 


KEEMPAT : TETAP BERHUBUNG - meskipun berjauhan, perlula bijak bahagikan waktu & masa untuk berkomunikasi & berhubung melalui telefon, e-mel, khidmat pesanan ringkas (sms) & sebagainya (zaman moden katakan-line, watsapp, viber). tapi janganlah kerap sangat sampai 1 jam skali sebab mungkin boleh mengganggu pasangan & berasa dirinya tidak dipercayai oleh pasangannya sendiri. oleh itu, batasilah hubungan agar rasa rindu tetap terpelihara dengan baik.


KELIMA : LIBATKAN ANAK2 - agar hubungan terpelihara libatkan anak2 dalam berkomunikasi kerana anak2 adalah faktor pengikat hubungan suami isteri. secara tidak langsung ia dapat mengingatkan pasangan, dia mempunyai keluarga yang memerlukannya. contoh la kan, time ngah telefon, beri peluang kepada anak2 untuk berbual & mendengar suara ibu atau ayahnya.


KEENAM : MELAWAT - jangan lupa untuk melawat pasangan. tidak semestinya dia yang perlu pulang selalu. sekali-sekala anda juga perlu melawatnya di sana.


KETUJUH : SALING MENDOAKAN - doa adalah senjata yang paling utama bagi kita yang beragama islam terutamanya. jadi, jangan lupa mendoakan pasangan selepas solat 5 waktu kerana ALLAH yang menentukan segala-galanya.





Semoga hubungan kita sesama Islam tetap utuh, insyaallah :)

Wassalam..

No comments:

Post a Comment