Wednesday 14 May 2014

hebahan sambutan hari nakbah palestin

Assalamualaikum...

juz sharing bout HARI NAKBAH PALESTIN...

penah dengar tak???

Hari Nakbah bermaksud hari kecelakaan iaitu merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian.

Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada tahun 1948. Hari ini pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah 4 juta orang.

Hari ini mula diraikan pada tahun 1998 oleh Yasser Arafat dengan kehadiran lebih satu juta orang dalam perarakan. Hari ini dirai dengan ucapan dan perarakan di Tebing Barat, Gaza dan negara-negara Arab. Tunjuk perasaan juga pernah diadakan di London (2003) dan bandar raya New York (2004).

Disini saya war-warkan bahawa pada Sabtu, 17 Mei nanti bolehla sertai kami sempena hari memperingati Nakbah Palestin 1948.
6pm-12am
kompleks belia & kebudayaan selangor, seksyen 7, shah alam

#pacs #caknapalestin #muslimcare #yayasanamalpalestin



~ayuh bersama~

*sumber:wikipedia

No comments:

Post a Comment