Friday, 30 December 2016

Mengidam Spaghetti

Salam & hai. Bulan ni memang tak tau nak kate, tersangat mengidam spaghetti. Same naik ngan mama. Hehe. So, ape lagi buat ler. Mula tue buat Spaghetti Bolognese je. Lepas seminggu tu eh terase nak Fettuccine Carbonara plak. Buat la lagi. Hehehe :)


Spaghetti Bolognese

Spaghetti Bolognese


Spaghetti/Fettuccine Carbonara/Bolognese

Spaghetti/Fettuccine Carbonara/Bolognese


Wassalam :)

Thursday, 29 December 2016

Jerslin Oil Combo Set

Assalamualaikum. Nak share skit pasal Jerslin Oil. Sebenanrnye beli ni bukan untuk diri sendiri tapi untuk Mama. Zaty penah la dengar sebelum ni Jerslin Oil ni memang wujud, haha. Tapi tak tau sangat ape kegunaannya. Mama Zaty banyak dengar manfaat Jerslin Oil ni melalui televisyen dan radio. Katenye banyak kegunaan, die nak guna untuk sapu sakit-sakit sendi tangan dan penyakit asma. Bukan untuk menyembuh sekadar mengurangkan je la, katenya. Cuba la dulu. Tak cuba tak tau. Sambil tu boley melicinkan kulit :) Hehe...
 



Antara isi kandungan Jerslin Oil ialah Minyak Bijan, Minyak Zaitun, Minyak Bunga Matahari dan Habatussauda. Diguna hanya melalui sapuan sahaja dan tiada kesan sampinga. Jerslin Oil juga selamat dan sesuai digunakan untuk semua golongan dan peringkat usia termasuk ibu mengandung dan bayi. Jerslin Oil diedarkan oleh Jershima Integrated Sdn Bhd.

Cara Kegunaannya:-

  • Asma / Batuk - Sapu di dada dan leher
  • Alahan / Alergi makanan laut - Sapu dari hujung rambut ke hujung kaki
  • Batuk - Sapu di dada dan kerongkong
  • Demam - Sapu di kaki dan pakai stokin
  • Gastrik - Sapu di perut
  • Resdung - Sapu di hidung
  • Sakit kepala / Migrain - Sapu pada muka dan kepala
  • Gatal mata - Sapu di bahagian kelopak mata dan bawah mata
  • Kencing manis / Darah tinggi - Sapu dari hujung rambut ke hujung kaki
  • Kolesterol tinggi - Sapu seluruh badan
  • Buasir - Sapu di tempat buasir keluar (Dubur)
  • Kembung perut - Sapu di perut
  • Kayap - Sapu di tempat bermasalah
  • Jangkitan faraj / Keputihan - Sapu pada kemaluan
  • Kejang otot / Simpul biawak - Sapu di tempat bermasalah
  • Keracunan makanan - Sapu di perut dan dubur
  • Kerap buang air kecil - Sapu di kaki dan bawah pusat
  • Kurang tumpuan - Sapu di kepala
  • Lumpuh - Sapu dari hujung rambut ke hujung kaki
  • Menopause - Sapu pada kemaluan
  • Putaran haid tidak tetap - Sapu pada kemaluan
  • Anak lahir kurang sihat - Sapu dari hujung rambut ke hujung kaki
  • Gout - Sapu di tempat bermasalah
  • Ketidak seimbangan hormon - Sapu dari hujung rambut ke hujung kaki
  • Sukar bernafas - Sapu di dada dan hidung
  • Kesuburan menurun - Sapu pada kemaluan
  • Kabur / Selalu keluar air mata - Sapu di kelopak dan bawah mata
  • Kesejukan kaki dan tangan - Sapu di kaki dan tangan (Pakai stokin)
  • Kutil / Tumor / Ketumbuhan / Kanser - Sapu di tempat ketumbuhan
  • Mati pucuk / Kurang bernafsu - Sapu dari hujung rambut ke hujung kaki
  • Peranakan turun - Sapu di bawah pusat dan urut untuk menaikkan

Jerslin Oil boleh disapu 2 / 3 kali sehari. Jerlin Oil ni korang boleh dapat yang 50ml, 40ml, 20ml dan 30ml (Refill). Harga die pulak dari RM30 hingga RM55. Zaty beli di Lazada saje Combo Set 2 RM80 saje :)

Wassalam...

Kanak-kanak Riang

Assalamualaikum

Hari tu mase awal cuti persekolahan sepupu balek. So, anak2 sepupu pun adelah skali. Sebab dah lame die orang tak balek, Moktie belikan ole2 skit kasi sorang 1. Walaupun tak seberapa tapi budak kan, hepi je :) Pensel warna Barbie untuk Ayesha, bekas pensil Cars untuk Izzat & baju Mickey sepasang untuk Uwais.






Ni plak cite, mase pegi tengok kawan baik (Mommy Mira) dalam pantang ade belikan baby (Baby Lea) die sepasang baju. Pastu Mommy Mira wassap hantar gambar si Baby Lea pakai baju tu. Emmm, comel sangat :)




Wassalam

Tuesday, 27 December 2016

Homestay Anjumg Hijau

Assalamualaikum semua, Semoga kita sihat2 la hendaknya. Zaty nak kongsi skit pasal Homestay Anjung Hijau ni.




Homestay ni sangat la selesa tau. Bagi sesiapa yang nak bercuti atau menginap sementara menghadiri sebarang majlis sangat lah disyorkan. Setakat ni ramai yang menginap sangat berpuas hati. Homestay Anjung Hijau ni menerima tempahan penginapan dari serata Malaysia, dari Sarawak, Johor, Perak, Kedah, Terengganu. Bak kate seluruh Malaysia lah, dari Kelantan sendiri pun ade.


Homestay Anjung Hijau ni terletak di alamat LOT 319, JALAN PANTAI IRAMA, 16300 BACHOK, KELANTAN. Lokasinya boleh dikatakan sangat strategik kerana berhampiran Pantai Irama dan pandang dari rumah pun dah nampak jalan raya. Dari segi pengangkutan awam pun senang, jalan utama ade teksi dan bas. Selain itu, berdekatan juga ada kedai makan, kedai runcit dan lebih kurang 1KM dari Bandar Bachok. Walaupun Bandar Bachok ni tak luas mane, kemudahan seperti bank, stesen bas, pusat membeli belah (Billon Shopping Mart), KFC, klinik dan lain2 tetap ade.









Homestay Anjung Hijau adalah 2 buah rumah, 2 tingkat, 3 bilik tidur, 2 tandas dan berhawa dingin. Dilengkapi dengan kemudahan asas seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh, dapur memasak, seterika, cerek air elektrik, periuk nasi elektrik dan lain-lain.

Paling penting sekali tuan punya homestay ni sangatlah peramah dan senang untuk berurusan. Ape lagi? Kalau masih tak tahu nak cari homestay untuk penginapan semasa bercuti di Bachok Kelantan, bolehlah menginap di Homestay Anjung Hijau ni. Anda pasti akan berpuas hati :)




Sekian, wassalam :)

Sunday, 20 November 2016

Nota Ahad :)

Assalamualaikum. Salam malam hari Ahad. Harap kita dalam baik2 sahaja.
Alhamdulillah hepi sangat sebab kawan baik dah selamat bersalin. 
Tahniah dear Mommy Amirah & husband Daddy Nik :) 
Semoga baby Lea ( Nik Azzalea Mikayla ) membesar dengan sihat dan dirahmati Allah sentiasa. Tak sabar nak jumpa baby Lea lagi, mase pegi tengok baby Lea die asyik tido je memanjang. Nanti Moktie pegi lagi melawat baby Lea & Mommy Lea okey. InsyaAllah :)


Tak sabar nak tengok baby Lea pakai baju oren tu, hehehe...


Nanti next kite bergambar. Hari tu tak bergambar sebab Mommy Lea berpantang lagi & Baby Lea pun tido je. Seyes nak dukung ag die. Huhuhuhu :)

Wassalam :)