Thursday, 29 December 2016

Kanak-kanak Riang

Assalamualaikum

Hari tu mase awal cuti persekolahan sepupu balek. So, anak2 sepupu pun adelah skali. Sebab dah lame die orang tak balek, Moktie belikan ole2 skit kasi sorang 1. Walaupun tak seberapa tapi budak kan, hepi je :) Pensel warna Barbie untuk Ayesha, bekas pensil Cars untuk Izzat & baju Mickey sepasang untuk Uwais.






Ni plak cite, mase pegi tengok kawan baik (Mommy Mira) dalam pantang ade belikan baby (Baby Lea) die sepasang baju. Pastu Mommy Mira wassap hantar gambar si Baby Lea pakai baju tu. Emmm, comel sangat :)




Wassalam

Tuesday, 27 December 2016

Homestay Anjumg Hijau

Assalamualaikum semua, Semoga kita sihat2 la hendaknya. Zaty nak kongsi skit pasal Homestay Anjung Hijau ni.




Homestay ni sangat la selesa tau. Bagi sesiapa yang nak bercuti atau menginap sementara menghadiri sebarang majlis sangat lah disyorkan. Setakat ni ramai yang menginap sangat berpuas hati. Homestay Anjung Hijau ni menerima tempahan penginapan dari serata Malaysia, dari Sarawak, Johor, Perak, Kedah, Terengganu. Bak kate seluruh Malaysia lah, dari Kelantan sendiri pun ade.


Homestay Anjung Hijau ni terletak di alamat LOT 319, JALAN PANTAI IRAMA, 16300 BACHOK, KELANTAN. Lokasinya boleh dikatakan sangat strategik kerana berhampiran Pantai Irama dan pandang dari rumah pun dah nampak jalan raya. Dari segi pengangkutan awam pun senang, jalan utama ade teksi dan bas. Selain itu, berdekatan juga ada kedai makan, kedai runcit dan lebih kurang 1KM dari Bandar Bachok. Walaupun Bandar Bachok ni tak luas mane, kemudahan seperti bank, stesen bas, pusat membeli belah (Billon Shopping Mart), KFC, klinik dan lain2 tetap ade.









Homestay Anjung Hijau adalah 2 buah rumah, 2 tingkat, 3 bilik tidur, 2 tandas dan berhawa dingin. Dilengkapi dengan kemudahan asas seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh, dapur memasak, seterika, cerek air elektrik, periuk nasi elektrik dan lain-lain.

Paling penting sekali tuan punya homestay ni sangatlah peramah dan senang untuk berurusan. Ape lagi? Kalau masih tak tahu nak cari homestay untuk penginapan semasa bercuti di Bachok Kelantan, bolehlah menginap di Homestay Anjung Hijau ni. Anda pasti akan berpuas hati :)




Sekian, wassalam :)

Sunday, 20 November 2016

Nota Ahad :)

Assalamualaikum. Salam malam hari Ahad. Harap kita dalam baik2 sahaja.
Alhamdulillah hepi sangat sebab kawan baik dah selamat bersalin. 
Tahniah dear Mommy Amirah & husband Daddy Nik :) 
Semoga baby Lea ( Nik Azzalea Mikayla ) membesar dengan sihat dan dirahmati Allah sentiasa. Tak sabar nak jumpa baby Lea lagi, mase pegi tengok baby Lea die asyik tido je memanjang. Nanti Moktie pegi lagi melawat baby Lea & Mommy Lea okey. InsyaAllah :)


Tak sabar nak tengok baby Lea pakai baju oren tu, hehehe...


Nanti next kite bergambar. Hari tu tak bergambar sebab Mommy Lea berpantang lagi & Baby Lea pun tido je. Seyes nak dukung ag die. Huhuhuhu :)

Wassalam :)

Sunday, 23 October 2016

Menu Cik Zaty - 1 ✌

Assalamualaikum, selamat hari Ahad semua. Masih dalam mood bajet 2017 ke semua? Hahaha...

Nak share menu simple kesukaan Zaty ni, hehehe :) Biaselah kalau dah malas macam Zaty ni masak kena simple dan cepat. Janji sedap untuk santapan sendiri dan keluarga. Zaty ni masak tahap ciput je, bukan pakar2 pun :P Hehehe... Abaikan telur rebus, tu memang kesukaan Zaty okey ! :)




1) AYAM UNGKEP

- Bawang putih, bawang merah, halia, kunyit hidup, ketumbar, jintan manis.
- Blend bahan di atas & tumis dengan serai ketuk.
- Tumis sampai pecah minyak. 
- Masuk ayam & tambah air, masak sampai kering.
(Kuantiti bahan semua tu terserah la atas kuantiti ayam korang nak masak banyak/sikit)

2) CUCUR AYAM

- Blend kering dada ayam.
- Masukkan sebijik telur, lada sulah, lada hitam, garam, cili, daun sup. 
- Kacau sebati.
- Goreng lah.
(Bahan tu korang nak modify pon takpe, janji korang suka)

3) SAYUR PARK CHOY GORENG & TELUR

- Tumis bawang merah, bawang putih, cili.
- Kacau rata, masukkan garam.
- Masukkan telur sebijik, sayur park choy, tomato.
- Masuk air sikit kacau sampai masak.
(Masak macam mane pun ok lah, nak tambah lauk ke ape terserah, ikut suka)

Menu tengok di Facebook saje.

Itu sajelah menu budak malas, wassalam 

Saturday, 15 October 2016

MY TM ❤ HYPPTV

Assalamualaikum, selamat hari Sabtu, hehehe :) 
Alhamdulillah hari ni nak menulis skit, sharing sal TM HYPPTV. 


Dah sebulan la jugak baru guna HyppTV ni, so far so good la. Kat rumah Zaty ni memang takde Astro, so mase staff TM call tanye nak upgrade tak Streamyx kat rumah ni cam pikir dua kali. Bukan ape takut la mahal sangat. Lagipun yang guna internet berdua je, ayah n Zaty. Bila dengar pakej n harga TM offer ok lah. Juz tambah RM10 je dari bil asal untuk upgrade. Dari RM140 ke RM150 tanpa GST tau, hehehe :P Bila tambah GST lebih la skit amaun die tue. Tapi still consider worth price la :)
Dari Streamy 4 mbps ke Streamyx 8 mbps + HyppTV Combo (Free HyppTV remote control + HyppTV set-up-box). Bagi Zaty sangat berbaloi. Mama Zaty pon suka die boleyh la tengok siaran2 yang baru gitu. Nak kate banyak channel tu tak jugak tapi oklah. Lagipun kami sekeluarga takdelah kaki tv sangat. Lepas upgrade kena collect set-up-box kat TM centre n kena install sendiri dengan bantuan buku manual user guide yang diberi ok. Agak berpeluh jugak la first time nak pasang semue tu sambung ke modem ke tv takpun boleyh je guna WIFI Streamyx.

Ni yg muncul kt tv kite hehehe

HyppTV on web

Antara channel yg Zaty suka, tv

Antara channel yg Zaty suka, tv

Channel die lbh krg yg ni

Kalau nak tau details korang bley tengok sini -  https://en.wikipedia.org/wiki/HyppTV

Lagi Zaty nak share sekarang senang je semue pun online kan? Kalau nak tengok bil ke ape je pasal akaun TM kite, boley je buka MY TM - https://mytm.tm.com.my/new/login.jsp 

CONTOH:-








 Ok itu sajelah untuk perkongsian, wassalam ;)