Sunday, 1 September 2013

ohh MY potato

Assalamualaikum wrt readers..
Pejam celik kita dah masuk 1 hb 9 thn 2013 sudah..
Cepat je mase berlalu kan??
Semoga kita semua sentiasa diberkati Allah, amin..

Malam nie zaty nak cite skit sal ubi kentang ni..
Hehe..
Tadi terbaca kat yahoo yang ubi kentang ni upenye boley hilangkan lingkaran bawah mata!!
OMG..
Baru tau..
So, ladies mesti take note ok..
Biase la ladies kan suka jaga kecantikan muka..
Yang bagusnya kita guna benda asli, dijamin selamat..




 Biasa yang zaty tau boleh hilangkan lingkaran bawah mata --> TIMUN & UNCANG TEH

Tapi zaty penah je guna tomato & kiwi, hikhik.. Suka2 zaty je kan??.. Haha.. Tambah2 amek dari peti ais ngah sejuk, wahh bertambah best la..

FAKTANYA : ubi kentang ni boleh mencerahkan kulit terutama pada muka sebab ade enzim cathecolase ( kalau nak tau details sal enzim ni cari sendiri ek, hikhik )

CARA2 NAK SEDIAKAN SEBELUM LEKAT KAT MUKA TU CAMNI OK :-

  1. ambil 1/2 atau sebiji ubi kentang
  2.  kupas dulu kulit sebelum kisar sampai halus
  3. letak ubi kentang yang siap dikisar kat atas sehelai kain lembut & bersih
  4.  sapu kat bawah mata slow2 ( jangan tergopoh-gapah lak k )
  5. pastikan jangan lak kena kat mata
  6. biarkan ia diserap 15-20 minit
  7. barulah basuh dengan air bersih 




PESANAN : amalkan setiap hari !

Selamat mencuba ye !!

    

 

Saturday, 31 August 2013

Malaysia Ku Merdeka


Assalamualaikum semua, salam merdeka, salam malaysia..
Huhuhu..
Masih belum terlambat nak bermain ngan keyboard lappy nie untuk menghasilkan 1 entri yang simple mengenai merdeka kita iaitu Malaysia ku..
:)

SELAMAT HARI MERDEKA KE-56 & SELAMAT HARI MALAYSIA KE-50 UNTUK NEGARAKU TERCINTA MALAYSIA !

TEMA TAHUN 2013 NI --> MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU




Kemerdekaan yang dikecapi - bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. 
Erti kemerdekaan yang dinikmati - membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.

Zaty nak share skit mutiara kata dari pemimpin negara kita:-



 
- merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan -




- kita hendaklah mempunyai keyakinan kepada sains dan teknologi moden tanpa membelakangkan kewajipan- kewajipan kita sebagai manusia yang beriman -




- seseorang pemimpin mestilah jujur. kejujuran yang saya maksudkan, bukan sahaja dari segi sokongan yang diberikan kepada perjuangan parti, tetapi juga dalam pemikiran, pertimbangan dan tindakan -



- amanah asas kejayaan dan berpeganglah kepada amanah setiap kali kita membuat sesuatu -




- kerja bersama saya dan bukan untuk saya -




  • Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar 
  • Di hati murni mereka terpahat sebuah impian 
  • Andai sengketa membelenggu sesama 
  • Andai kerakusan menguasai kita 
  • Ke manakah tumpah harapan mereka
  • Kerana, 
  • Di bahu kitalah terpikul segunung amanah 
  • Di jemala kita terjunjung selaut ikrar 
  • Melunas sumpah, menunai janji
  • Ayuhlah, 
  • Rakan dan taulan, sahabat dan saingan 
  • Lupakan beza lebuhkan menerima 
  • Bertatihlah bersamaku 
  • Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan 
  • 1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia       

( Pesanan : Bersyukurlah pada Allah kerana tanpaNya kita tidak mungkin merdeka )
 
 
 

Friday, 30 August 2013

suara dari PALESTIN

Assalamualaikum.

Nak share skit sal Palestin : rumah penduduk Palestin diroboh..

Ya Allah..




PEMERHATI HAK ASASI MANUSIA (HRW) MENGGESA PASUKAN TENTERA ISRAEL MENGHENTIKAN SEGERA TINDAKAN MEREKA MEROBOHKAN RUMAH MILIK PENDUDUK PALESTIN YANG DIDAKWA MELANGGAR UNDANG2.

MENURUT MEREKA, TINDAKAN YANG TIADA KAITAN DENGAN OPERASI KETENTERAAN ITU SEBENARNYA BERTUJUAN UNTUK MERAMPAS TANAH MILIK PENDUDUK PALESTIN.

- ia jelas menunjukkan rejim ZIONIS telah melakukan jenayah perang -

PADA 20 /8/2013 LALU, 3 BUAH RUMAH DI KEJIRANAN SILWAN DI BAITULMAQDIS TIMUR DIROBOHKAN DENGAN ALASAN KONONNYA TIDAK MEMPUNYAI PERMIT.

- walhal tanah bumi milik allah yang esa -

Aktivis mendakwa Israel telah memusnahkan ratusan struktur & turut menyebabkan lebih 700 penduduk Palestin hilang tempat tinggal baru2 ini (press tv).


 
.doakan saudara islam kita diberi keamanan, insyaallah.

sumber : sinar harian 

Tuesday, 27 August 2013

LaKNaT & MaRTaBaT

Salam.
Tajuk kat atas tu adalah sajak.
Zaty xde la pandai sangat nak menulis sajak tapi ni hasil karya dari LOBAIMAN NAMSOR LIAMSI.
Juz 4 sharing okei :)

kalau ku himpun semua keburukan.
akan ku lontar kewajahmu assisi.
jika ku pungut segala kebusukan.
pasti ku lumur tubuhmu assisi.
kiranya ku kumpul seluruh kehinaan.
akan ku lempar kemukamu assisi.
arakian ku himpun seluruh kecelaan.
celaka maka celakalah assisi.
andaiku mengumpul kelaknatan.
jelas ku sumpah padamu assisi.

tapi aku x mampu kerana..
pada keburukan yang membusuk.
& pada kehinaan yang terlaknat.
lantas mencipta kebencian yang tercela.
sesungguhnya dia yang mampu.
melontar segala keburukan.
melumur segala kebusukan.
melempar sehina dina.
menghimpun seluruh kecelaan.
menyumpah selaknat-laknatnya.

sedang pada ketika ini.
dia menghimpun segala kebaikan.
dia memungut para syuhada.
dia mengangkat tinggi martabat.
dia memuji segala pujian.
dia adil lagi maha pembalas.
kita hanya berperanan.
asal jangan tiada peranan.
pilihan untuk dilaknat.
pilihan untuk dimartabat.


- hanya ALLAH maha berkuasa membalas kekejaman manusia -
 

Virus Kencing TIKUS

Assalamualaikum.
Dah agak lama tangan ini tidak menaip post kat blog.
Huhu.

Juz nak share sedikit info kat sini.

  • penyakit kencing tikus atau nama sainsnya, leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria leptospira yang disebarkan melalui haiwan. jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak & membawa maut.
  • manusia boleh mendapat jangkitan leptospirosi apabila mengharung atau berenang dalam air tercemar atau tidak mengandungi klorin. bahkan, menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia selain sentuhan langsung dengan air kencing, darah atau tisu haiwan yang dijangkiti.
  • bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. bagaimanapun, bakteria ini tidak dipindahkan dari 1 individu ke individu lain.




INDIVIDU YANG TERDEDAH KEPADA RISIKO PENYAKIT ADALAH MEREKA : - 

  • melakukan pekerjaan terdedah kepada panas seperti petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah & anggota tentera.
  • aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak & berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • terdedah kepada peralatan & haiwan di rumah termasuk binatang peliharaan seperti anjing, binatang sembelihan & mengambil makanan yang telah digigit binatang seperti tikus, tupai & arnab yang telah dijangkiti. 


~ oh .. tikus .. ~




 sumber : sinar harian :D