Monday, 28 January 2019

2019 ❤

Assalamualaikum. Salam 2019, dah hampir ke bulan Februari ye, hurmmm. Lame xupdate blog.

Sekarang takde idea sangat nak tulis ape tapi satu je nak cakap.

Syukur alhamdulillah di atas semua nikmat & ujian yang Allah hadirkan.

Semoga tahun ni Cik Tiey kuat menjalani hidup bersama keluarga tercinta. Tolong doakan cepat bertemu jodoh iye, hehe 😉

Wassalam semua, selamat malam...

Thursday, 5 April 2018

APRIL

SALAM KORANG ❤ LAMANYA TAK MENULIS. AWAL TAHUN 2018 NI SANGAT SUKAR. SUKAR MACAM MANE PUN HARUSLAH TERUS TABAH DAN MELANGKAH TERUS KE DEPAN, INSYAALLAH ✌

ALHAMDULILLAH BULAN FEBRUARI LEPAS SEPUPU KESAYANGAN ZATY DAH MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN DENGAN PILIHAN HATINYA, SEMOGA KEKAL KE SYURGA BUAT SAHAIDA & FARIS. BULAN MAC PULA LAGI KABAR GEMBIRA BILA BERTAMBAH LAGI SORANG ANAK SEPUPU. CONGRATS UNTUK SAHAFIZAN & KHAIRUL NISA' ❤

BULAN APRIL NI BULAN KEGEMARAN ZATY SEBAB APA? MESTILAH BIRTHDAY ZATY! 13 APRIL 1991. TAHUN NI 27 TAHUN SUDAH, SYUKUR ATAS RAHMAT DARI ALLAH. DOAKAN YANG BAIK2 YE UNTUK ZATY ☺

WASSALAM...

Wednesday, 8 November 2017

November Indah

Assalamualaikum :) Alhamdulillah dah masuk November pun, tak lame lagi 2017 akan pergi. Banyak lagi perkara yang masih tak selesai kan kan? Hurmmm...

Sekarang kat Kelantan musim hujan, tiap2 hari pun hujan alhamdulillah. Cuma harap jangan terjadi banjir besar je la, insyaAllah.

Lately, selalu tidur lewat. Dah macam burung hantu gitu, hehe.Saje conteng wall malam ni. Dah lame sangat tak menulis. Huhu...

Selamat malam korang ;)

Semoga hidup kita semua diberkati Allah dan dimurahkan rezeki melimpah ruah ye, Amin...

Friday, 18 August 2017

Salam Jumaat 💕

Assalamualaikum.

Alhamdulillah di pagi Jumaat ni rase tenang je.

Dalam hidup kita pasti ade liku yang terpaksa kita lalui rela dan tanpa rela. Bila ada masalah, sentiasalah ingat bahawa kita ade Dia. Bercerita lah kepadaNya, insyaAllah masalah itu akan terasa ringan. Bukan tak boleh bercerita pada manusia, cuma kadang-kadang ada baiknya masalah itu menjadi rahsia kita.

Yakin dan berbaik sangka lah bahawa Allah Maha Berkuasa. Boleh jadi rintangan hari ini menjadikan kita lebih tabah dan dewasa. Jangan lah berputus asa 💓

Wassalam.



Thursday, 17 August 2017

Bermingguan Di Gua Musang

Assalamualaikum, lamenya tak menulis. Sihat ke semua?

Seminggu ni Cik Tiey pergi Gua Musang saje nak mencari ketenangan. Duduk rumah sepupu, die mengajar kat SK Gua Musang. Terima kasih daun keladi my beloved maksu Ida ❤  Mase kat sane sempat la sepupu bawak pusing-pusing Bandar Utama aka Bandar Baru Gua Musang. Memang la agak sunyi tapi sebab bandar baru so meriah jugak la, tak terasa sangat sunyinya. Paling best dekat dengan Taman Tasik Gua Musang, petang memang ramai yang jogging dan bersenam dekat sini. Cik Tiey juz jalan pusing tasik je, best sangat sebab sangat tenang persekitaran kat situ tambahan mase tu hujan renyai-renyai. Sekarang dah sampai Bachok 😌









Wassalam.

Tuesday, 1 August 2017

- nota diri -

apa ek kau rase sebab terlepas peluang yang sangat kau nantikan? seyesly 2 minggu ni rase sangat terganggu. yang mampu hanya senyum tanpa diketahui orang sekeliling sentiasa cuba untuk kuat dan gembirakan orang sekeliling. be strong zaty! semoga Allah bantu untuk lebih tabah dalam menghadapi ujian apa pun, insyaAllah

Sunday, 16 July 2017

Thursday, 6 July 2017

SALAM SYAWAL

Assalamualaikum. Lamenya xjenguk blog, berhabuk aihhh. Masih belum terlambat Zaty ucapkan Salam Syawal, maaf zahir batin :)




Wassalam... 

Wednesday, 5 April 2017

Tq Kawan

Assalamualaikum.
Haaaa, dah lame sebenarnye tengok kawan dekat IG FB Wassap buat benda alah ni. Tapi Zaty sekadar tengok, tak menyempat nak amek tahu ape benda ni. Tup2 ade kawan tolong buatkan untuk Zaty. Btw, thanx Fina tolong buatkan. Canteq, Zaty suke 💞





Wassalam 💝

Buat Kaca Mata Baru

Assalamualaikum. Tengahari tadi, kawan Zaty ajak teman die keluar pergi LHDN. Lepas tu kami pergi Giant Superstore Tunjong, baru je buka. Pergi kejap je. Jalan-jalan ternampak Milan buat promosi, masuk la kejap tengok. Murah sangat, ape lagi buat la 1. Tambahan Zaty punye rabun takde la teruk sangat, silau je teruk. So, murah sangat. Tak sampai RM50 pun. So, sesape nak buat kaca mata baru cepat-cepat rebut peluang selagi promosi ni. Hehe 😂


Satu utk awak, satu utk saye

Zaty & Kak Dayu


Wassalam.

Baby Isha

Assalamualaikum. Alhamdulillah kawan baik Zaty selamat melahirkan baby pertama minggu lepas. Tahniah Farah & Hashim. Semoga baby Farisya Humaira menjadi anak yang solehah dan membesar dengan sihat 👶 💟 Ni Zaty pos ke Terengganu untuk baby Isha, sekadar mampu. Nanti ade kelapangan boleh jumpa, insyaAllah




Wassalam.

Saturday, 1 April 2017

Day Out Bersama Anis

Assalamualaikum.

30/03/2017 (Khamis) - Zaty keluar ngan Anis, cam biase la. Lame tak jumpa mula la teringat, tambah Anis memang keje Kelantan pun, senang la kami nak keluar lepak2 sembang2. Dah jumpa macam2 la sembang, Anis sentiase memahami Zaty, senang kalau bercerita dengan die. Positif sentiasa. TQ Anis belanja aiskrim Baskin Robbins 💘



  

Wassalam...

TQ Untuk Bawal & Brooch 💕

Assalamualaikum. Macam tajuk entry ari ni. Terima kaseh sebab bagi tudung favourite bawal (Exclusive By Jannat) dan brooch berkilau-kilau gitu (Brooch Korea Bear) 🐻. Zaty suka sangat. Tudung memang best pakai, broochnya belum pakai lagi sebab Zaty jenis pakai brooch saiz kuman je. Yg ni brooch saiz mak kuman, bsr skit je. Hehe 😅


TQ Fina 💖

I suke 💗


Wassalam.

Selamat Pengantin Baru Fina

Assalamualaikum. Mase kenduri kawan Zaty hari tu 20/3/2017 tak dapat nak pegi. Ade majlis kawin len. So, lepas tu jumpa die nak kasi adiah yang tak seberapa ni. Selamat pengantin baru Fina, semoga bahagia ke syurga, amin 💑


Adiah ni utk Kak Erah & Fina

Nur Syarafina Nadia & Nur Izzati


Wassalam 💓

Vitamin C With Rose Hips

Assalamualaikum.

First time Zaty beli Vitamin C With Rose Hips ni, saje nak cuba. Zaty & vitamin c berpisah tiade, hehehe 😂 

Sumber Google:

What is vitamin C with rose hips good for?

Rose hips contain the seeds of the rose plant. Dried rose hips and the seeds are used together to make medicine. Fresh rose hips contain a lot of vitamin C, so they share many uses with vitamin C including preventing and treating colds, flu, and vitamin C deficiencies.




Wassalam.

Friday, 24 March 2017

24/3/2017 - Jumaat

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk bernafas pada hari Jumaat yang mulia ini. Semoga kita sentiasa dibawah lindunganNya. InsyaAllah ♡

BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA. JANGAN KIRA APA YANG KITA TAK ADA, DAN JANGAN KIRA APA YANG ORANG LAIN ADA. SEBALIKNYA, KIRA APA YANG KITA ADA, DAN KIRA APA YANG ORANG LAIN TIADA.




Habiskan masa mencari sesuatu yang berfaedah untuk diri ♥


Wassalam.

Monday, 20 March 2017

17/3/17 - Jumaat

Assalamualaikum. Seperti tarikh di atas, Arwah Nenekanda Aminah telah kembali ke rahmatullah pada pukul 1 tghri di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Semoga arwah ditempat bersama para soleh. Amin




Setiap kali ade kematian, kenduri, maka ramailah yg dtg. Saudara-mara yg lame tak jumpa, dptlah bertemu dgn satu yg lain.










~ Rumah Peninggalan Arwah Nenekanda Embong - Kg Tok Burong ~

Wassalam.

3 Tahun Dulu

9/3/17 - Assalamualaikum. Hari tu buka FB tengok memori 3 thn lps. Rindu arwah nenekanda. Setahun stgh sudah sejak pemergian arwah nenekanda Embong. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah, amin 😇 💕




Wassalam.

Ubat Batuk Prospan

Hai, assalamualaikum 👩
Meh sini nak cite skit, hehehe. Xde pape pn. Mnggu lps Zaty batuk agk teruk la jgk. Abes 3 jnis ubt batuk semua ( Copastin, ubt batuk cap ibu & ank, ubt batuk prospan ). Alhamdulillah sekarang dah ok. Kali prtma cuba ubt batuk prospan ni. Rase die best mcm air roselle versi manis gitu. So, kalau sape yg batuk tu, bley la try ok 👍




Wassalam.

Anak Sepupu Baru :)

Assalamualaikum.
Tahniah Kak Ita & Abg Mil dpt jgk baby laki. 
Dh lame depa nk ank laki, trmkbul jgk. 
Ank laki prtma & ank bgsu ke-6. 
Alhamdulillah brtmbh la ank spupu Moktie ♡ 👶 
Welcome to the beautiful world syg 💓
Jadi ank yg soleh, insyaAllah.




Wassalam.