Monday, 28 January 2019

2019 ❤

Assalamualaikum. Salam 2019, dah hampir ke bulan Februari ye, hurmmm. Lame xupdate blog.

Sekarang takde idea sangat nak tulis ape tapi satu je nak cakap.

Syukur alhamdulillah di atas semua nikmat & ujian yang Allah hadirkan.

Semoga tahun ni Cik Tiey kuat menjalani hidup bersama keluarga tercinta. Tolong doakan cepat bertemu jodoh iye, hehe 😉

Wassalam semua, selamat malam...

Thursday, 5 April 2018

APRIL

SALAM KORANG ❤ LAMANYA TAK MENULIS. AWAL TAHUN 2018 NI SANGAT SUKAR. SUKAR MACAM MANE PUN HARUSLAH TERUS TABAH DAN MELANGKAH TERUS KE DEPAN, INSYAALLAH ✌

ALHAMDULILLAH BULAN FEBRUARI LEPAS SEPUPU KESAYANGAN ZATY DAH MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN DENGAN PILIHAN HATINYA, SEMOGA KEKAL KE SYURGA BUAT SAHAIDA & FARIS. BULAN MAC PULA LAGI KABAR GEMBIRA BILA BERTAMBAH LAGI SORANG ANAK SEPUPU. CONGRATS UNTUK SAHAFIZAN & KHAIRUL NISA' ❤

BULAN APRIL NI BULAN KEGEMARAN ZATY SEBAB APA? MESTILAH BIRTHDAY ZATY! 13 APRIL 1991. TAHUN NI 27 TAHUN SUDAH, SYUKUR ATAS RAHMAT DARI ALLAH. DOAKAN YANG BAIK2 YE UNTUK ZATY ☺

WASSALAM...

Wednesday, 8 November 2017

November Indah

Assalamualaikum :) Alhamdulillah dah masuk November pun, tak lame lagi 2017 akan pergi. Banyak lagi perkara yang masih tak selesai kan kan? Hurmmm...

Sekarang kat Kelantan musim hujan, tiap2 hari pun hujan alhamdulillah. Cuma harap jangan terjadi banjir besar je la, insyaAllah.

Lately, selalu tidur lewat. Dah macam burung hantu gitu, hehe.Saje conteng wall malam ni. Dah lame sangat tak menulis. Huhu...

Selamat malam korang ;)

Semoga hidup kita semua diberkati Allah dan dimurahkan rezeki melimpah ruah ye, Amin...

Friday, 18 August 2017

Salam Jumaat 💕

Assalamualaikum.

Alhamdulillah di pagi Jumaat ni rase tenang je.

Dalam hidup kita pasti ade liku yang terpaksa kita lalui rela dan tanpa rela. Bila ada masalah, sentiasalah ingat bahawa kita ade Dia. Bercerita lah kepadaNya, insyaAllah masalah itu akan terasa ringan. Bukan tak boleh bercerita pada manusia, cuma kadang-kadang ada baiknya masalah itu menjadi rahsia kita.

Yakin dan berbaik sangka lah bahawa Allah Maha Berkuasa. Boleh jadi rintangan hari ini menjadikan kita lebih tabah dan dewasa. Jangan lah berputus asa 💓

Wassalam.



Thursday, 17 August 2017

Bermingguan Di Gua Musang

Assalamualaikum, lamenya tak menulis. Sihat ke semua?

Seminggu ni Cik Tiey pergi Gua Musang saje nak mencari ketenangan. Duduk rumah sepupu, die mengajar kat SK Gua Musang. Terima kasih daun keladi my beloved maksu Ida ❤  Mase kat sane sempat la sepupu bawak pusing-pusing Bandar Utama aka Bandar Baru Gua Musang. Memang la agak sunyi tapi sebab bandar baru so meriah jugak la, tak terasa sangat sunyinya. Paling best dekat dengan Taman Tasik Gua Musang, petang memang ramai yang jogging dan bersenam dekat sini. Cik Tiey juz jalan pusing tasik je, best sangat sebab sangat tenang persekitaran kat situ tambahan mase tu hujan renyai-renyai. Sekarang dah sampai Bachok 😌









Wassalam.